Rojak Daily Logo

Dinaik Taraf Kepada Hub Pintar?

0
comments
Dinaik Taraf Kepada Hub Pintar?
Ke arah prasarana pintar. (Gambar: commons.wikimedia.org)

“Keluar gelap, balik pun gelap”... Keluhan biasa warga kota yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas setiap hari. Ramai yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi kerana tidak sanggup menempuh kesesakan lalu lintas melampau pada waktu puncak di awal pagi dan ketika balik kerja.

Gambar: www.myrapid.com.my

Sejauh mana pilihan menaiki pengangkutan awam adalah yang terbaik? Netizen sering bersungut dengan kecekapan sistem pengangkutan awam di Malaysia. Bas mengambil masa yang lama untuk tiba, teksi terlalu mahal dan demanding begitu juga dengan komuter yang turut berhadapan kesesakan teruk di stesen-stesen tertentu.

Gambar: www.myrapid.com.my

Atas sebab itu cadangan Prasarana untuk menaik taraf stesen LRT sebagai pusat transit amatlah disambut baik. Stesen keretapi sewajarnya menyediakan perkhidmatan dobi, perbankan, portal, perkhidmatan kesihatan serta lengkap restoran, tandas bersih serta lokasi yang sesuai untuk mesyuarat. Ruang menunggu yang selesa, parkir yang lebih banyak serta kemudahan eskalator juga lif buat warga emas serta golongan kelainan upaya selesa juga perlu dititik beratkan.

Gambar: kl.coconuts.co

Penambah baikan ini perlu bagi memberi keselesaan buat pengguna terutama dalam menempuhi kesesakan pada waktu puncak antara jam 7 hingga 9 pagi dan antara 4.30 petang hingga 7 malam. Menurut artikel dari The Malay Mail, penambahan jumlah stesen telah meningkat jumlah penumpang sebanyak 130,000 dan 170,000 di laluan LRT tambahan Sri Petaling dan Kelana Jaya berbanding jumlah asal 170,000 dan 250,000. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Prasarana telah menyediakan 30 gerabak tren LRT baharu selain mengambil langkah segera memberikan perkembangan semasa kepada penumpang melalui saluran media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Antara keluhan pengguna

     
 
 
Comments