Rojak Daily Logo

Hukuman Kasi dan Implan Mikrocip Untuk Perogol Kanak-Kanak

0
comments
Hukuman Kasi dan Implan Mikrocip Untuk Perogol Kanak-Kanak
Usah jadikan kanak-kanak pemuas nafsu. (Gambar:www.authorityngr.com)

Satu undang-undang baru bakal dikuatkuasakan Indonesia bagi menyekat kes fidofilia yang semakin membimbangkan. Melalui undang-undang itu, mereka yang disabitkan bersalah atas kesalahan merogol kanak-kanak akan ditanam dengan mikrocip bagi membolehkan pihak berkuasa mengawal aktiviti mereka sepanjang masa selepas dibebaskan dari hukuman penjara. Mereka juga akan dikasikan atau dimandulkan dengan penggunaan ubat-ubatan tertentu yang mampu merendahkan paras testosteron dan tabiat seksual mereka.

Gambar: www.polemicaparaiba.com.br

Memetik kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Digital Journal dan The National, undang-undang terbaharu ini mampu menyekat jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Draf undang-undang menggariskan beberapa elemen penting termasuk implant di buku lali, pengasian kimia dan tambahan hukuman penjara kepada pesalah.

Gambar: www.thehansindia.com

Tindakan ini dilakukan selepas berlakunya kematian tragis seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai di Sumatra bulan April lalu. Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui di hutan dalam keadaaan terikat tanpa seurat benang tiga hari selepas kehilangannya dilaporkan. Tujuh orang remaja berusia dalam lingkungan 16 dan 17 tahun disabitkan bersalah atas kejadian itu manakala lima lelaki lain sedang menanti perbicaraan. Kes tersebut menimbulkan kemarahan dunia dan kebangkitan aktivitis yang meminta kerajaan Indonesia mengetatkan hukuman ke atas penyerang seksual.

Gambar: www.lopsicologovirtuale.it
 
 
Comments