142 Kawasan Di Selangor Dijangka Berdepan Banjir Hingga Mac 2019

Semoga orang Selangor tabah.


  • Share:

142 Kawasan Di Selangor Dijangka Berdepan Banjir Hingga Mac 2019

Jaga-jaga orang di Lembah Klang, anda bakal berdepan dengan kejadian banjir dan banjir kilat dengan lebih kerap sehingga Mac 2019.

 

Sebanyak 142 kawasan di Selangor telah dikenal pasti sebagai kawasan banjir berikutan fenomena Monsun Timur Laut bermula bulan ini sehingga penghujung Mac depan.

 Banjir melanda Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara kawasan tersebut adalah:

  • Kampung Sungai Air Tawar
  • Sabak Bernam
  • Pekan Ijok
  • Kuala Selangor
  • Kampung Sungai Tua
  • Gombak
  • Bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau
  • Klang

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, banjir itu berlaku disebabkan penerimaan jumlah hujan antara 210 milimeter (mm) sehingga 310 mm sepanjang tempoh berkenaan.

 

via GIPHY

Sebanyak 453 aset bersedia digerakkan antaranya melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV), lori, bot dan pelbagai jentera lain daripada Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan serta Angkatan Tentera Malaysia.

 

Setakat ini pihak berkuasa juga bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan dalam menghadapi fenomena tersebut.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top