Gambar Tunku Tun Aminah Melawat Zaibo Ini Bakal Buat Air Mata Anda Berlinang!

  • Share:

Gambar Tunku Tun Aminah Melawat Zaibo Ini Bakal Buat Air Mata Anda Berlinang!
"Alhamdulilah! Sebak tengok. I always love the Johor Royal Family, such loving, humble and generous,"

Itu antara pujian netizen terhadap Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim apabila sudi meluangkan masa melawat pelakon veteran dan pelawak Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo.


Untuk makluman Zaibo kini bertarung dengan sakit kanser.

Menerusi Facebook The Royal Johor, Tunku Aminah berkenan menziarah Zaibo di kediamannya di Rengit, Batu Pahat. Tunku Aminah turut diiringi suaminya Dennis Muhammad Abdullah serta wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor.


Tun Aminah melawat Zaibo selepas membaca nasibnya bagi memberi sokongan untuk pelakon itu berjuang menentang kanser.

"Saya membesar ketika menonton Under One Roof. Saya memberitahu suami saya betapa lucunya dia dan menunjukkan kepadanya video tentang Zaibo, " kata Tunku Aminah tentang pelakon itu.



Netizen menerusi ruang komen di Facebook memuji sikap murni Tunku dan tidak kurang juga ada yang sebak melihat gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook The Royal Johor.


Semoga Zaibo diberikan kesihatan yang baik dan tabah menempuh dugaan ini.  

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top