Rojak Daily Logo

Evolusi Permainan Video

0
comments
Evolusi Permainan Video

Sejak awal pengumumannya, gamer seantero dunia teruja menantikan evolusi terbaharu ini. Walaupun menjengah pasaran sedikit lewat daripada jangkaan bagi memberi ruang dan masa kepada pengeluar bersedia, dengan deretan permainan dan kuantiti fon mencukupi pada hari pelancaran. Untuk itu pihak Sony telah memberi tanggungjawab kepada lebih 230 pengeluar untuk menghasilkan kandungan VR.

Gambar: www.playstation.com

Menurut pengerusi Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, Shawn Layden, yang dipetik Channel News Asia, terdapat lebih 50 jenis permainan untuk PlayStation VR boleh didapati dalam tempoh beberapa bulan selepas pelancaran termasuk Resident Evil, Star Wars dan Batman: Arkham VR.

Melalui teknologi ini, pemain mampu melihat melalui kaca mata watak komik yang dipilih. PlayStation VR headsets boleh dimainkan dengan konsul PS4 yang telah terjual melebihi 40 juta. Walaupun PlayStation VR boleh dimainkan dengan Sony PlayStation 4, terdapat beberapa kekurangan dalam pengalaman permainan. Untuk itu pihak Sony menghasilkan kotak kedua untuk dihubungkan dengan PS4 menggunakan USB dan HDMI.

Gambar: www.playstation.com

PlayStation VR bukan sahaja mampu memberi pengalaman permainan hebat di mana pengguna melihat melalui kaca mata watak komik dipilih, permainan ini turut dilengkapi kamera yang membolehkan pemain melihat daripada sudut 360 darjah.

 
 
Comments