Rojak Daily Logo
Back to top

Mampu Lawan Atuk Ini? Main Pokemon Go Guna 11 Telefon Pintar

Ash Ketchum pun kalah!

0
comments
Mampu Lawan Atuk Ini? Main Pokemon Go Guna 11 Telefon Pintar
Mungkin bagi sesetengah daripada kita, zaman kegemilangan Pokemon Go sudah berakhir. Hello PUBG!

Hakikatnya permainan yang berasaskan Augmented Reality (AR) ini sebenarnya masih kekal popular dan masih ramai yang meneruskan misi pemburuan pokemon termasuklah di Malaysia.

Namun rasanya tiada siapa yang mampu menandingi kehebatan warga emas berusia 70 tahun ini apabila beliau menggunakan 11 telefon pintar untuk bermain Pokemon Go!
 
Hebatlah uncle!
Seperti yang anda lihat di atas, kelengkapan mount disambungkan pada basikal yang mana ia digunakan oleh warga emas ini untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Sudah tentunya, bateri tambahan dan kabel pengecas turut dibawa bagi memastikan kesemua 11 telefon pintarnya terus berfungsi.
 
Menurut Chen San-yuan, dia mula ketagih dengan permainan ini selepas diperkenalkan oleh cucu lelakinya. Sejak daripada itu, dia kini banyak menghabiskan masanya bermain Pokemon Go dan tiada masalah untuk menghabiskan hampir RM5,000 untuk item tambahan dalam permainan itu.
 
Pokemon kegemarannya pula adalah Snorlax. Siapa yang tidak suka Snorlax bukan! So adakah anda juga masih bermain Pokemon?
 
 
Comments