Rojak Daily Logo

Sekatan Ke Luar Negara Jika Burukkan Kerajaan

0
comments
Sekatan Ke Luar Negara Jika Burukkan Kerajaan
Tidak boleh ke luar negara jika burukkan kerajaan.

Memetik laporan The Star Online, Jabatan Imigresen telah menguatkuasakan sekatan terhadap beberapa individu untuk keluar negara sejak beberapa bulan lalu bagi menjaga imej negara. Tindakan pihak imigresen ini berdasarkan laporan atau permintaan daripada pihak berkuasa tempatan seperti polis dan sebarang permohonan rayuan hanya boleh diluluskan oleh Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi.

Gambar: www.straitstimes.com

Pasport antarabangsa bukanlah milik mutlak individu dan kerajaan mempunyai hak untuk menyekat mana-mana individu yang melakukan kesalahan tertentu daripada menggunakan dokumen perjalanan tersebut. Hal ini diakui Datuk Sakib Kusmi yang memaklumkan, selain mereka yang memburukkan kerajaan, mereka yang muflis, sedang dalam kes mahkamah, melawat Israel tanpa kebenaran, dipersalahkan kerana tinggal melebihi masa di sesebuah negara, melakukan jenayah atau tidak menjelaskan pinjaman kerajaan juga dihalang meninggalkan negara antara dua ke 10 tahun.

Gambar asal: blog.encoretours.com

Beliau menambah, mereka yang cuai termasuk berlaku kecurian pasport yang ditinggalkan di dalam kenderaan atau ketika berpindah rumah dan sekiranya mereka kehilangan pasport sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun juga tidak boleh memohon pasport baru dalam tempoh minima dua tahun. Antara individu yang pernah dihalang meninggalkan negara termasuklah pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis Hishamuddin Rais yang dihalang ke Korea Selatan. Selain itu Anggota Parlimen DAP Tony Pua, Pengarah Urusan SRC International Sdn. Bhd Nik Faisal Ariff Kamil, pemilik Kumpulan Media The Edge Datuk Tong Kooi Ong dan Anggota Parlimen PKR Rafizi Ramli antara yang menerima nasib sama. Setakat tahun lalu, seramai 2011, 827,921 warganegara disekat daripada ke luar negara dan kebanyakannya akibat muflis.

 
 
Comments