Rojak Daily Logo

“Penahanan Empat Hari Tidak Benar!” Adlin Aman Ramli

0
comments
“Penahanan Empat Hari Tidak Benar!” Adlin Aman Ramli
Perjelaskan isu tahanan reman selama empat hari (kredit foto: Berita Harian)

Semalam, pelakon dan pelawak terkenal, Adlin Aman Ramli, menafikan sama sekali bahawa beliau ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan polis berkaitan sindikit penipuan pelaburan hartanah.

Adlin antara 14 orang individu yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan ditahan polis kerana dipercayai terbabit dengan skim pelaburan piramid yang turut didakwa didalangi oleh dua orang ahli perniagaaan bergelar Datuk dan Datuk Seri.

Menurut laporan akhbar Berita Harian, Adlin hanya diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk membantu siasatan dan dibenarkan pulang dalam tempoh 24 jam selepas beliau di tahan.

Menurut laporan tersebut lagi, Adlin menyifatkan beliau dieksploitasi oleh syarikat pelaburan tidak sah demi kepentingan mereka, sekali gus memohon agar semua pihak tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan di media sosial.

Menurut Adlin lagi dalam sidang akhbar yang diadakan di Sri Pentas semalam, tujuan utama beliau mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjelaskan salah faham tentang penahanan beliau selama empat hari seperti yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali.

Minggu lalu, laporan akhbar menyatakan bahawa Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid mengesahkan bahawa seorang artis ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada pukul 2 petang. Menurut beliau lagi, artis tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akan ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Turut hadir di sidang media semalam adalah isteri kepada Adlin Aman Ramli, pelakon Emelda Rosmila serta peguam beliau, Shah Rizal Abdul Manan. Adlin juga tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana kes tersebut masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa.

 
 
Comments