Team Filem PASKAL Kumpul Duit, Beri Sumbangan Kepada Keluarga Bomba Yang Terkorban

Cayalah PASKAL The Movie!


  • Share:

Team Filem PASKAL Kumpul Duit, Beri Sumbangan Kepada Keluarga Bomba Yang Terkorban
Sedikit sebanyak kuranglah beban ahli keluarga anggota yang terkorban. (Gambar: IG PASKAL The Movie)
Insiden enam anggota Bomba yang terkorban ketika operasi menyelamat seorang remaja yang lemas di Taman Putra Perdana Puchong, pastinya akan diingati sampai bila-bila.

Mereka adalah unsung hero sebenar!

Kisah menyayat hati ini juga dilihat turut menyentuh hati pihak penerbitan dan pelakon filem PASKAL apabila mereka turut tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa, baru-baru ini.

Menerusi Instagram pengarah filem PASKAL Adrian Teh, mereka berkunjung ke pejabat utama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Selangor untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

“The unsung heroes live among us and always rise up to the occasion when they are needed. 
But when moment like this happened, they need us. Thank you PPDA. We are proud to have you,” katanya.

Difahamkan, pihak produksi turut menyampaikan sumbangan yang diserahkan oleh wakil team PASKAL The Movie, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, Datuk Iskandar Mizal Mahmood selaku Group CEO Granatum Ventures dan Datuk Steven Lim selaku Group Managing Director Multimedia Entertainment di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Shah Alam.


Sumbangan sebanyak RM30,000 telah dikumpulkan oleh team PASKAL The Movie dan diberikan kepada pihak Bomba untuk diserahkan kepada keluarga mangsa.

Pelakon utama PASKAL juga turut hadir termasuklah Hairul Azreen, Theeban G, Jasmine Suraya Chin dan Ammar Alfian.

Pada yang belum menonton PASKAL, bolehlah menonton filem ini sekarang atau baca dulu ulasan ini, 10 Sebab Mengapa PASKAL Filem Terbaik Tahun Ini!

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top