Ridzuan Puzi dan Latiff Romly Pecah Rekod Dunia, Malaysia Boleh!

Malaysia mengutip tujuh pingat emas setakat ini.


  • Share:

Ridzuan Puzi dan Latiff Romly Pecah Rekod Dunia, Malaysia Boleh!
Foto: Bernama

Nama Malaysia cemerlang di acara Sukan Para Asia 2018 apabila dua atlet negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mencatatkan aksi cemerlang dengan mencipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing.

 

Berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada malam semalam, Ridzuan merekodkan masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) sekali gus membenam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

 Aksi cemerlang Mohamad Ridzuan.

Abdul Latif pula cemerlang memperbaharui rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran). Lompatan terbaharu ini memadamkan  rekod terdahulu miliknya, 7.60 meter yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.

 

Bagi Mohamad Ridzuan, dia bangga apabila dapat memecahkan rekod dunia dalam acaranya. "Dik Wan nak ucapkan terima kasih kepada jurulatih, Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara serta ibu bapa Dik Wan yang banyak beri sokongan dan kemenangan ini untuk mereka semua", katanya kepada Bernama.

 Kejayaan yang sangat membanggakan!

Abdul Latif juga tidak menyangka dapat mempertahankan pingat emas sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top