Jual Kosmetik Beracun, Lagi 14 Produk Dikenal Pasti

  • Share:

Jual Kosmetik Beracun, Lagi 14 Produk Dikenal Pasti

Awas jika anda menggunakan produk kosmetik, 14 produk kosmetik yang baharu telah dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mengandungi racun berjadual.

 

via GIPHY

Produk yang dikesan mengandungi merkuri:

  • Diamond Gold Day Cream
  • Diamond Gold Night Cream 
  • Karisma Nightcream Kunyit, Karisma Daycream
  • Seputih Melati Night Cream Whitening
  • Seputih Melati Night Cream Glowing
  • SYMA Magical Serum
  • SYMA Facial Cleanser
  • Khumaera Moistskin Cleanser

Produk yang dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin:

  • Diamond Gold Treatment Cream
  • Karisma Treatment Sarang Burung
  • Alora Nught Glowing Cream

Produk yang dikesan mengandungi merkuri dan hydroquinone:

  • Majaja Serum Channtiq

Produk yang dikesan mengandungi diphenhydramine:

  • Bao Shu Tang Snow Lotus Cream
 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan diphenhydramine merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

 

Apa yang akan terjadi jika anda menggunakanhydroquinone:

Anda akan mengalami kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif dan boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

 

Apa yang akan terjadi jika anda menggunakan tretinoin:

Penggunaan tretinoinboleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

 

Apa yang akan terjadi jika anda menggunakan diphenhydramine:

Penggunaan diphenhydramine boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabkan kesan alahan teruk.

 

Apa yang akan terjadi jika anda menggunakan merkuri:

Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

 

Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit

 Sayangilah kulit muka anda.

Penjual dan stokis produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 

Individu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

 Jangan pakai produk kosmetik sebarangan.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top