Rojak Daily Logo

Selamat Berjuang Pasukan Olimpik Malaysia!

0
comments
Selamat Berjuang Pasukan Olimpik Malaysia!
Pembawa nama Malaysia. (Gambar: singaporebuzzblog)

Semangat kesukanan rakyat Malaysia bakal membara lagi apabila negara kita, Malaysia akan menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada 5 hingga 21 Ogos 2016 ini. Tonggak badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan menjadi pembawa bendera ketika acara perasmian sukan olimpik ini. 

Gambar: www.olympic.org

31 orang atlet bertanding mewakili Malaysia dalam 10 acara antaranya Datuk Lee Chong Wei, Azizul Hasni Awang, Pandalela Rinong, Ahmad Amsyar Azman, Danny Chia, Heidi Gan, Mohd Hafifi Mansor dan ramai lagi.

10 acara sukan tersebut adalah:

1) Olahraga

2) Memanah

3) Badminton

4) Lumba basikal

5) Terjun

6) Golf

7) Lumba layar

8) Menembak

9) Renang

10) Angkat berat

Selamat berjuang kepada semua altet Malaysia yang bertanding. Kali terakhir Malaysia memperoleh pingat adalah di Olimpik London 2012 berupa satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Harapan untuk sebutir emas adalah setinggi gunung dan semoga mereka terus mengharumkan nama Malaysia dimata dunia!

 
 
 
Comments