Rojak Daily Logo

Permainan Video Klasik Tetris Bakal Difilemkan!

0
comments
Permainan Video Klasik Tetris Bakal Difilemkan!
Permainan video Tetris bakal difilemkan. (Gambar: cdni.wired.co.uk)

Sebuah filem kolaborasi antara syarikat produksi Seven Star Works milik usahawan media Bruno Wu dari China dan syarikat Threshold Entertainment Group milik Kasanoff dijangka menelan belanja AS$80 juta (RM326.9 juta) bakal dihasilkan sebagai filem trilogi bergenre thriller fiksyen sains.

Gambar Asal: deadline.com & www.charitybuzz.com

Menurut artikel yang dipetik Deadline, filem yang mengejutkan ramai pihak ini disifatkan oleh penerbitnya, Larry Kasanoff, sebagai sebuah filem penuh kejutan dan bakal memenuhi cita rasa penonton.

Gambar: www.engadget.com

Tetris The Movie bakal memulakan penggambaran pada tahun 2017 di China dan beberapa lokasi lain, namun media antarabangsa melaporkan penulisan skrip filem ini belum bermula. Filem luar biasa ini turut menampilkan barisan pelakon dari China dan dijangka mendapat sambutan seperti permainan video Tetris yang telah berusia 32 tahun tetapi masih mendapat tempat dengan lebih 500 juta muat turun.

 
 
Comments