Rojak Daily Logo

Selain Yuna, 4 Selebriti Ini Juga Patut Sumbangkan Suara Pada Aplikasi Waze

0
comments
Selain Yuna, 4 Selebriti Ini Juga Patut Sumbangkan Suara Pada Aplikasi Waze
Meriah Waze kalau ada selebriti ini!

Hi Guys, I’m Yuna. I’ll sing your way to your next destination!”. Kini anda boleh memandu sambil ditemani oleh Yuna apabila menggunakan aplikasi Waze! Jika sebelum ini Waze pernah menggunakan suara selebriti popular Hollywood seperti Elvis Presley, Morgan Freeman dan juga watak Darth Vader, kini Yuna melangkah setapak lagi dalam menyumbangkan suara lunaknya menerusi aplikasi ini.

Gambar: pigeonsandplanes.com

Ini adalah hasil kolaborasi di antara Waze dan minuman susu kultur Jepun, Calpis dimana Yuna adalah dutanya. Tahniah untuk Yuna dan teruslah membawa kami tanpa sesat ke destinasi. 

Selain Yuna, kami menyenaraikan empat lagi selebriti yang sesuai digunakan menerusi aplikasi Waze:

Datuk Siti Nurhaliza

Gambar: Era FM

Bayangkan suara emas Datuk Siti digunakan untuk aplikasi Waze. Silap-silap, anda mahu terus sesat supaya boleh mendengar suara Datuk siti memberikan arahan di aplikasi Waze. Lagi best kalau Datuk Siti ada elemen menyanyi tradisional gitu.

Awie

Gambar: Sinar Harian

Pastinya rocker ini akan menggunakan suara serak basahnya untuk memberikan arahan dengan tegas. Tapi sebalik tegas wajah Awie, ada kelembutan pada suaranya. Jadi bila Awie yang bagi arahan pada aplikasi Waze, kami yakin pemandu semua tak tension sangat bila tersesat.

Rozita Che Wan

Gambar: The Vocket

Kalau Che Ta yang bagi arahan Waze, confirmlah akan keluar bahasa utara! Pasti lucu kalau Che Ta sumbangkan suara untuk Waze. Mana yang mengantuk pun boleh celik mata bila Che Ta bagi arahan ‘Sampai depan tu, kona kiri nah’.

Datuk Rahim Razali

Gambar: glam.my

Ada satu perasaan yang menenangkan bila mendengar suara Datuk Rahim Razali. Pengulas sukan terhandal pada tahun 80-an ini sepatutnya menyumbangkan suaranya menerusi aplikasi Waze dan sudah pasti dapat menenangkan jiwa mereka yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

 
 
Comments