Berhenti Beri Makanan Kepada Burung Merpati

Najis merpati berasid dan boleh menyebabkan kerosakan.


  • Share:

Berhenti Beri Makanan Kepada Burung Merpati
Foto: AGENCE FRANCE-PRESSE

Jika anda berkunjung ke Bangkok, jangan lagi memberi makanan kepada burung-burung merpati di bandar itu.

 

Anda boleh dikenakan hukuman tiga bulan penjara dan denda sebanyak 25,000 Bhat (RM3,187) jika memberi makan burung merpati di tempat awam.

 Merpati berterbangan di Kuil sekitar Bangkok.

Hal ini bagi mengawal populasi selain menangani isu kebersihan dan pencemaran bau disebabkan najis burung berkenaan.

 

Najis burung merpati yang berasid menyebabkan kerosakan peralatan sekali gus meningkatkan kos penyelenggaraan.

 Haters gonna hate!

Dewan Bandaraya Bangkok dan organisasi pentadbiran tempatan di seluruh negara akan mengetatkan peraturan bagi menghalang orang ramai daripada memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam sebagai langkah memastikan kebersihan sentiasa terjaga.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top