Rojak Daily Logo

Denda Kerana Sampah

0
comments
Denda Kerana Sampah
Nanti tak pasal-pasal kena denda RM50!

Rakyat di negeri Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang mempunyai dua minggu bagi mengubah kaedah pengurusan sampah sebelum penguatkuasaan denda dilakukan mulai 1 Jun. RM50 dikenakan bagi kesalahan pertama, RM100 untuk kesalahan kedua dan RM500 untuk kesalahan ketiga.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: Twitter @kerajaanmelaka

Sebelum ini beberapa buah negeri telah mengeluarkan larangan penggunaan beg plastik di pusat membeli belah juga penggunaan polisterin makanan. Melaka misalnya telah memulakan inisiatif tanpa beg plastik sejak setahun lalu secara berperingkat bermula dengan Jumaat, Sabtu dan Ahad tanpa plastik dan seterusnya tanpa plastik setiap hari bermula 1 Januari lalu. Hanya plastik jenis biodegrasi dibenarkan untuk digunakan dalam perniagaan.

Insert Image Title Here | Rojak Daily
Gambar: greenboc.blogspot.com

Inisiatif ini turut dilakukan beberapa negeri lain termasuk Pulau Pinang dan Perak. Sementara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan ‘Kempen Shah Alam Bebas Polisterin’ dengan menyasarkan bandar raya itu bebas sepenuhnya daripada penggunaan bahan itu dan menjadi bandaraya bebas karbon menjelang 2030.

 
 
Comments