Rojak Daily Logo
Back to top

Plug-in: Apple Watch Kini Mampu Melakukan ECG, Kesan Sekiranya Ada Komplikasi Jantung!

Boleh kesan masalah jantung lebih awal.

0
comments
Plug-in: Apple Watch Kini Mampu Melakukan ECG, Kesan Sekiranya Ada Komplikasi Jantung!
Apple Watch menjadi jam pintar pertama dilengkapi fungsi ini. (Gambar: Apple/Medical Journal)
Ya, iPhone baru telah diumumkan malam tadi dan ada tiga model dikeluarkan iaitu iPhone Xs, Xs Max dan Xr.

Semuanya telah dipertingkatkan baik luaran dan juga dalaman. Namun ia seakan boleh diramal kerana Apple hanya menambah baik apa yang sedia ada seperti skrin, bateri, prestasi dalaman, semuanya boleh predictable​.

Horayyy tiga model baru.
Namun dalam pembentangan Apple semalam, terdapat satu perkara yang menarik perhatian. Malah boleh dikatakan sebagai ‘game changer’ baik dalam industri teknologi mahupun kesihatan.

Apple Watch generasi ke-4 semalam diumumkan dengan fungsi yang mampu bertindak sebagai Elektrokardiogram atau lebih dikenali sebagai ECG.

Hello future.
Jadi apakah ECG ini? Secara umumnya ECG menjadi rujukan berguna dalam mengenal pasti keadaan ketidaktentuan jantung manusia daripada pelbagai sudut bagi mengesan pelbagai jenis penyakit kritikal yang dikaitkan dengan masalah jantung.

Jika anda pernah membawa ibu bapa anda membuat pemeriksaan jantung, pasti boleh terbayang ujian pada mesin ECG yang dijalankan.

Namun bagaimanakah jam sekecil ini mampu merekod ketidaktentuan jantung?

Menurut Apple, pengguna hanya perlu menekan jari selama 30 saat pada sisi tepi jam (digital crown) sebelum proses mengesan signal dilakukan. Kaedah ini lebih tepat berbanding menggunakan denyutan nadi.

Rekod akan disimpan dalam bentuk PDF untuk kegunaan doktor.
Kesemua maklumat aturan graf ECG akan direkod pada aplikasi Apple Health dan paling bagusnya segala rekod ini boleh dibawa untuk rujukan awal doktor anda sama ada normal ataupun mempunyai keberangkalian untuk mengalami komplikasi ‘Atrial Fibrillation’ atau pencepatan dan gangguan kadar denyutan jantung dan nadi.

Oleh itu, ia boleh dijadikan alat untuk memantau sekiranya ada masalah awal pada jantung anda!

Apple Watch 4 bakal dijual pada harga sekitar RM1652, namun Apple belum mengumumkan tarikah kemasukan bagi Malaysia.
 
 
Comments