Rojak Daily Logo
Back to top

Ini Pasangan LGBT Pertama Dikenakan Hukuman Sebatan Di Khalayak Ramai

100 orang menjadi saksi hukuman sebat itu.

0
comments
Ini Pasangan LGBT Pertama Dikenakan Hukuman Sebatan Di Khalayak Ramai
Foto: Harian Metro

Pasangan kekasih sejenis berusia 22 dan 32 tahun telah dikenakan hukuman sebatan di khalayak umum bersaksikan kira-kira 100 orang.

 

Kedua-dua gadis itu menjalani hukuman enam sebatan di hadapan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

 

Hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

 

Pada 18 Ogos lalu, pasangan lesbian terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

 Orang ramai dan pengamal media memasuki dewan untuk saksi sebatan.

Pasangan ini hadir ke mahkamah secara berasingan sekitar 8.30 pagi lengkap berbaju kurung sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

 

Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini.

 

Sumber: Harian Metro

 
 
Comments