Rojak Daily Logo

Masih Ada Lelaki Tak Faham Bahasa Guna Koc Wanita

0
comments
Masih Ada Lelaki Tak Faham Bahasa Guna Koc Wanita
Tak faham bahasa.

Baru-baru ini viral di sosial media gambar dua orang lelaki menggunakan koc wanita di dalam KTM Komuter sehinggakan seorang wanita mengandung terpaksa berdiri dan seorang wanita terpaksa duduk di lantai. Hal ini telah mengundang kemarahan orang ramai.

Gambar: Twitter

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) amat memandang serius aduan orang ramai dan sebarang isu viral yang berkaitan dengan perkara ini. KTM bersama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemaskini akta supaya akan ada hukuman bagi lelaki yang menggunakan koc wanita dan didakwa di mahkamah.

Kini apa yang mereka lakukan hanyalah mengarahkan pegawai bertugas iaitu polis bantuan dalam keretapi untuk menghalau mana-mana lelaki yang menggunakan koc wanita untuk beralih ke koc lain seperti di koc satu, dua, lima dan enam.

Gambar: Twitter

Apabila berlaku kes viral seperti ini, ia jelas menunjukkan bahawa ada segelintir daripada kita yang masih tiada kesedaran sivik dan rasa perikemanusiaan terhadap satu sama lain. Kemudahan koc wanita ini dibuat untuk menghargai golongan ibu dan wanita. Lelaki-lelaki yang jelas tak faham bahasa ini kebanyakannya adalah rakyat tempatan sendiri dan juga tidak terkecuali warga-warga asing. 

 
 
Comments