Rojak Daily Logo

Pengambilan Sirip Ikan Jerung Ini Berlaku Di Malaysia?

0
comments
Pengambilan Sirip Ikan Jerung Ini Berlaku Di Malaysia?
Pulau Mabul, Sabah

Kecoh di media sosial semalam apabila beberapa keping gambar akvititi mengambil sirip ikan jerung di Pulau Mabul diviralkan dan ia mengundang kemarahan semua pihak.

Gambar: Twitter @KKCity

Gambar-gambar tersebut menunjukkan beberapa ekor ikan jerung dengan siripnya dipotong dibiarkan terapung di persisiran pantai dengan air laut bertukar menjadi merah darah. Dakwaan menyatakan gambar tersebut diambil di Pulau Mabul yang berada di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah.

 
Gambar: Twitter @KKCity

Terdapat beberapa nelayan yang mendiami kampung air di pulau tersebut disamping pelbagai chalet dan resort. Hal ini turut mengundang kemarahan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Masidi yang menyokong perlindungan jerung di perairan Sabah telah mengecam perbuatan tersebut namun masih tiada undang-undang mengharamkan aktiviti sirip ikan jerung di negeri itu.

Gambar: Twitter @KKCity

Pihak berkuasa tidak boleh banyak bertindak bagi menangani aktiviti pemburuan dan pengambilan sirip ikan jerung di kepulauan dan perairan Sabah sehingga Akta Perikanan dipinda untuk mengharamkan aktiviti berkenaan.

Bagi mengekang penularan kes ini, negeri Sabah turut mengisytiharkan tiga taman laut untuk dijadikan santuari ikan jerung yang pastinya merupakan langkah terakhir untuk menghalang kepupusan spesies berkenaan. Tiga taman marin tersebut adalah Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Taman Marin Tun Sakaran di Semporna dan Taman Marin Tun Mustapha di Kudat yang akan diiystiharkan sebagai santuari ikan jerung pada hari ahad ini.

 
 
Comments