CLOSE
CLOSE

Kalau Rasa Menjolok Mata, Mata Jangan Pandang Kepada Pramugari

Tiada perancangan dalam mengubah pekaian pramugari.


  • Share:

Kalau Rasa Menjolok Mata, Mata Jangan Pandang Kepada Pramugari
Sekadar gambar hiasan.

Adakah pemakaian pramugari di dalam syarikat penerbangan Malaysia terlalu seksi?

 

Menurut Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) di Dewan Rakyat hari ini, beliau membandingkan pakaian syarikat penerbangan tertentu di negara ini yang menurutnya terlalu menjolok mata berbanding negara lain.

 Sekadar gambar hiasan.

Kementerian tidak mempunyai perancangan mengubah peraturan sedia ada mengenai pakaian pramugari kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

 

Pakaian pramugari dan pramugara syarikat penerbangan di negara ini perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan pihak yang bertanggungjawab tentang hal ehwal penerbangan.

 

Menurutnya, syarikat penerbangan juga perlu mematuhi standard keselamatan termasuk dalam situasi kecemasan. Soal imej dan pakaian itu juga tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan berkenaan.

 

"Perkara ini subjektif. Kalau rasa menjolok mata, mata tu jangan pandang kepada pramugari tersebut," kata menteri itu lagi.

 

Sumber: Bernama


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top