Rojak Daily Logo
Back to top

Kenali Tun Dr Mahathir Dalam Masa Satu Minit

Selamat hari jadi ke-93 Tun!

0
comments
Kenali Tun Dr Mahathir Dalam Masa Satu Minit
Siapa yang mampu memecahkan rekod Tun yang menjadi perdana menteri sebanyak dua kali. (Gambar: Iluminasi)
Selamat hari lahir Tun Dr Mahathir! Siapa sangka di usia 93 tahun, beliau masih berkhidmat untuk negara sebagai pemimpin tertinggi Malaysia.

Pelantikan ini sekali gus menjadikan beliau sebagai perdana menteri tertua di dunia.

Namun, dalam kita berbangga terhadap perdana menteri kita ini adakah kita sebenarnya cukup mengenali beliau? Dimanakah tempat kelahirannya, bagaimana beliau berkecimpung dalam dunia politik dan sebagainya?

Kami sediakan kronologi ringkas untuk anda mengenali pemimpin kesayangan ramai ini.

Wajah tampan Tun ketika muda.
1925: Lahir  pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. 

1931: Mulakan persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum kemudiannya bertukar ke Sekolah Inggeris (Sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid).

1942 - 1945: Perjalanan sukar buat beliau apabila terpaksa berhenti sekolah untuk menjual makanan di Pekan Rabu.

1945: Mula aktif dalam arena politik dengan menyertai pelbagai organisasi politik.

1947: Mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dalam bidang perubatan.

1953: Selepas lulus sebagai doktor, beliau mula berkhidmat di Hospital Besar Alor Setar

Persandingan antara dua doktor.
1956: Ikatan sah beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali bermula pada tahun ini.

1964: Membuat keputusan untuk bertanding sebagai ahli politik pada kali pertama di Kota Setar Selatan dan menang. 

1969: Beliau kalah dalam pilihanraya 1969 kepada wakil PAS. (Tahun ini juga agak kontroversi apabila beliau beliau menulis surat mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman berikutan rusuhan 13 Mei)

Tun Mahathir dipecat keahlian dari UMNO 

1972: Tun Mahathir diterima kembali sebagai ahli UMNO, dan dilantik sebagai Senator.

1974: Beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu tanpa bertanding dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bermula era pemerintahan Tun.
1976: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn, dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian. 

1981: Tarikh penting buat Malaysia apabila beliau dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri keempat ketika berusia 55 tahun.

1995: Kekal sebagai Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum.

2003: Umum persaraan dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

2016: Tun meninggalkan UMNO kerana tidak setuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak Tahun ini juga Tun mula menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

2017: Menyertai politik sebagai Ketua Pembangkang.

2018: Mengisytiharkan pencalonan bagi kerusi parlimen Langkawi untuk Pilihanraya Umum ke-14 dan seterusnya memenangi Pilihanraya Malaysia ke-14 dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.


Untuk maklumat penuh perjalanan hidup Tun, anda boleh klik di sini, Perdana.
 
 
Comments