Rojak Daily Logo
Back to top

Syed Saddiq Mula 'Punch Card' Di KBS - Ini Aktiviti Beliau Hari Ini

Bertemu dengan Khairy Jamaluddin untuk sesi serah tugas.

0
comments
Syed Saddiq Mula 'Punch Card' Di KBS - Ini Aktiviti Beliau Hari Ini
Foto: Twitter KBS

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalannya, Steven Sim Chee Keong tiba di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada jam 8.42 pagi bagi memulakan tugas mereka.

  Ketua jabatan dan kakitangan KBS.  

Ketibaan kedua-duanya disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali dan staf.

 

Jom kita tengok apa aktiviti mereka untuk sesi pengenalan hari ini.

 

1. Menerima baju korporat KBS dan jaket rimau

Simbolik hari pertama megetuai KBS.

2. Dibawa melawat sekitar Menara KBS

Mencuba pelbagai kemudahan yang disediakan di KBS.

3. Sesi suai kenal bersama ketua jabatan KBS

Sesi suai kenal ketua jabatan.

4. Sesi serah tugas Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Datuk Seri M. Saravanan

Sesi serah tugas.  

Selamat maju jaya kepada Syed Saddiq dan timbalannya, Steven Sim dan semoga kehadiran mereka berdua membawa kejayaan yang lebih besar buat KBS.

 
 
Comments