CLOSE
CLOSE

Tidak Sampai 8 Jam, Rekaan Ini Terima Undian Tertinggi!

Ada ke yang boleh lawan Fahmi ni?


  • Share:

Tidak Sampai 8 Jam, Rekaan Ini Terima Undian Tertinggi!
Penangan Fahmi Reza! (Gambar: Vans)
Minggu lalu, kami menyenaraikan beberapa senarai peserta daripada Malaysia yang mendapat undian tertinggi pertandingan Vans Asia Custom Culture. Anda boleh baca di sini, Pastikan Kemenangan Tahun Ini Milik Malaysia!

Namun pada saat-saat akhir seorang individu (aktivis) telah menyertai pertandingan ini dan menariknya tidak sampai sehari memuat naik reka grafik berkenaan, ia telah pun menerima ribuan undi.

Terkini undian telah pun mencecah 13,783!

REKAAN FAHMI REZA

Undian tertinggi setakat ini.
Individu terbabit tidak lain tidak bukan ialah Fahmi Reza. Siapa yang tidak kenal Fahmi? Antara artis/karikatur paling lantang di Malaysia.

Karikatur badut ‘Kita Semua Penghasut’ yang menyerupai pemimpin terdahulu telah membangkitkan banyak persepsi dalam kalangan rakyat.

Malah hasil seni terbabit jugalah yang telah membawanya ke Mahkamah kerana dakwaan 'melanggar undang-undang multimedia'.

Kali ini, dia meluaskan grafik kebanggaannya itu dengan menyertai pertandingan Vans Asia Custom Culture (tahun kedua) yang telah dibuka beberapa minggu lalu.

Hebatnya rekaan ini, tidak sampai sehari ia dimuat naik, jumlah undian melonjak tinggi hingga menewaskan beberapa pesaingnya yang terlebih dahulu menghantar penyertaan.

Persoalannya, adakah Fahmi akan terpilih untuk mewakili Malaysia? Kita tunggu dan lihat!

Untuk anda yang mahu mengundi peserta-peserta Malaysia, boleh terusk ke link Vans ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top