CLOSE
CLOSE

Padah Menari Seksi, Semua Pelancong Asing Dilarang Memasuki Masjid

Bas pelancong dan Grab juga tidak dibenarkan masuk.


  • Share:

Padah Menari Seksi, Semua Pelancong Asing Dilarang Memasuki Masjid
Foto: Sabah Info

Akibat tersebarnya video berdurasi 10 saat menunjukkan aksi tarian dua wanita berpakaian seksi dipercayai pelancong asing di atas pagar tembok masjid Kota Kinabalu, tindakan tegas akan diambil untuk semua pelancong asing.

 

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mengutuk tindakan tidak senonoh itu dan pihak pengurusan masjid tersebut telah mengeluarkan larangan sementara kepada semua pelawat warga asing bermula Ahad.

 

Pembantu Menteri Assafal Alian berkata, setiap hari hampir seribu pelancong melawat masjid tersebut yang merupakan satu daripada tempat yang mesti dilawati di Kota Kinabalu.

  
 

Beliau menegaskan bahawa Sabah adalah sebuah negeri berbilang kaum dan agama, dan menjaga keharmonian agama adalah antara perkara asas yang Sabah pertahankan.

 

Sehubungan dengan larangan itu lagi, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) turut memutuskan semua bas pelancong, pemandu Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid kecuali teksi berdaftar dengan MBR.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top