CLOSE
CLOSE

Kutip Sampah Di Stadium? Malaysia Pun Buatlah! Tapi...

Patutlah Tun M pun pandang tinggi Jepun.


  • Share:

Kutip Sampah Di Stadium? Malaysia Pun Buatlah! Tapi...
Hero pada Sukan SEA tahun lepas. (Gambar: Twitter/ Mashable)
Betapa hebatnya Jepun, sudahlah menundukkan Colombia 2-1 dalam aksi Kumpulan H, penyokongnya pula telah membuka mata dunia.

Hanya kerana satu perlakukan baik, penyokong Jepun kini dipandang tinggi oleh seluruh negara termasuklah Malaysia.

Sebaik selesai perlawanan menentang Colombia Selasa lalu, kesemua penyokong Jepun bersatu mengutip sampah-sarap di tempat duduk Stadium.

Lebih membanggakan, mereka dilihat turut membawa plastik sampah sendiri sebelum perlawanan bermula.

Difahamkan, mereka hanya meninggalkan kawasan sebaik tempat duduk dalam stadium itu bersih. Selagi ada sampah sarap, selagi itulah mereka berada di dalam stadium.

Hebat bukan budaya yang diterapkan dalam penduduk Jepun.  Bagaimana pula Malaysia?

MASIH BERUSAHA KE ARAH ITU

Usaha penyokong Kedah pada perlawanan hujung tahun lalu.
Jangan fikir budaya ini tiada di Malaysia, hakikatnya ia telah mula disemai.

Contoh terdekat adalah pada perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kedah dan Kelantan di Stadium Darul Aman hujung tahun lalu. Penyokong kedah berjaya mengutip 242.7 kilogram (kg) sampah!

Menurut Berita Harian, kempen itu dijayakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), SWCorp Malaysia (Kedah), Environment Idaman Sdn Bhd, Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) serta lapan kelab penyokong.

Satu perkara menarik penganjuran itu, ia turut menyediakan pertandingan kutipan sampah terbanyak yang menawarkan hadiah RM100

Walaupun pemberian hadiah RM100 itu dilihat seperti ‘habuan’ bagi penonton, namun ia sedikit sebanyak membawa kepada permulaan budaya ini.

Selain perlawanan Piala Malaysia,  anda boleh saksikan nilai murni ini pada perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar, Sukan SEA tahun lalu.


Jika tidak mula daripada sekarang, maka budaya membuang sampah di stadium pasti tidak dapat dibendung sampai bila-bila.

Difahamkan pihak stadium terpaksa mengambil masa sehingga tiga hari untuk kutip sampah ditinggalkan setiap kali perlawanan bola sepak sehingga bersih.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top