Rojak Daily Logo
Back to top

Masih Ingat McFlurry Durian? Dia Datang Lagi Guys!

Jangan terlepas lagi tahun ini sudahlah.

0
comments
Masih Ingat McFlurry Durian? Dia Datang Lagi Guys!
Penangan raja buah, sampai sold out! (Gambar: Hyped Geek)
Masih ingat lagi McFlurry Durian D24? Alah, aiskrim yang telah mengecewakan ribuan rakyat Malaysia tu.

Kalau masih ingat, cuba flashback balik tahun lepas. Sempat tak cuba McFlurry Durian D24? Pasti ramai yang termenung bukan?

Mana tidaknya tidak sampai seminggu, sold out!

Namun McDonald’s ada berita baik buat anda. Menerusi Facebooknya, McDonald’s telah pun mengumumkan kemunculan aiskrim ini pada 14 Jun. 

Pada yang terlepas info, McFlurry Durian D24 menggunakan isi durian D24 yang sebenar. Memang boleh rasa cebisan durian melingkari setiap deria rasa.



Tidak pasti sama ada stok durian ini cukup untuk menampung ‘kegilaan’ masyarakat Malaysia terhadap aiskrim ini. 

Tahun lalu, jualan untuk aiskrim ini adalah lima kali ganda lebih banyak daripada yang dijangkakan. Bagi anda yang betul-betul kempunan, bolehlah bersediap sedia daripada sekarang.
 
 
 
Comments