CLOSE
CLOSE

Plug-in: Dua Telefon 'Raya' Baru Daripada ASUS!

Kedua-duanya dijual pada harga mampu milik!


  • Share:

Plug-in: Dua Telefon 'Raya' Baru Daripada ASUS!
Pilihan paling tepat untuk lebaran ini. (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Raya hampir tiba, pastinya semua sibuk mendapatkan kelengkapan baru. Tidak ketinggalan telefon pintar baru!

Jika ada yang tercari-cari, ASUS semalam telah pun melancarkan dua model terbaru iaitu Zenfone 5 dan Max Pro M1. 

Apa yang boleh kami katakan, kedua-dua telefon pintar ini memang sesuai untuk dijadikan telefon raya anda kerana harga dan spesifikasinya! 

Jom kita lihat apa yang ditawarkan Asus kali ini.

ZENFONE 5 MEMFOKUSKAN KEUPAYAAN ARTIFICAL INTELIGENCE (AI)

Jauh lebih murah dan lebih cantik daripada pesaingnya yang lain.
Boleh dikatakan telefon pintar yang dilancarkan tahun ini semuanya memfokuskan teknologi AI, namun apa pula yang membezakan Zenfone 5 ini? 

Fungsi AI pada peranti ini agak menyeluruh. Antaranya AI kamera, AI bateri, AI paparan skrin, AI boost, AI 'ringtone', dan beberapa elemen lagi yang menjadi keutamaan. Ciri ini membolehkan telefon pintar anda memahami apa yang sedang dilakukan bagi menambah baik fungsi tertentu.

Dari segi spesifikasinya, ASUS Zenfone 5 dibina dengan paparan 6.2 inci dengan nisbah 19.9.

Apa yang menariknya, Zenfone 5 ini turut menyertai reka bentuk ‘notch’ pada skrin hadapan.

Tidak perlulah anda berbelanja sehingga RM4,000 untuk mendapatkan gaya paparan begitu. Reka bentuk pada bahagaian belakangnya juga lebih cantik dan berkilau!

Peranti ini dijana oleh cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

Kamera utamanya adalah 12-megapixel (MP) dan lensa kedua untuk rakaman luas. Bagi kamera depan, ia menggunakan lensa 8 MP.

Bateri pula berkapasiti 3300mAh yang dicas menggunakan kabel USB-C.

Asus Zenfone 5 akan dijual pada harga RM1299. Ia mula dijual secara eksklusif di Lazada bermula 4 Jun ini.

BATERI ZENFONE MAX PRO M1 MAMPU BERTAHAN SELAMA DUA HARI! 

Sasaran untuk para 'gamers' pertengahan.
Selain Zenfone 5, model Max Pro M1 ini turut mencuri tumpuan. Kekuatan utama peranti ini adalah pada kapasiti baterinya iaitu setinggi 5,000 mAh.

Secara teorinya, peranti ini membolehkan anda menonton Nextflix selama 20 jam, Game of Thrones sebanyak dua seasons dan YouTube selama 17.8 jam!

Secara rawaknya pula, peranti ini mampu menjalankan tugas harian anda selama 2 hari! 

Bagi memastikan telefon ini sentiasa lancar, ia turut menggunakan antaramuka Android asli. Dengan keupayaan bateri dan sistem yang lancar ia pastinya pilihan gamers di luar sana.

Malah Asus turut bekerjasama syarikat Garena dengan menyediakan permaianan secara eksklusif  Free Fire.

Peranti ini dilengkapi 6 inci dengan HD+ penuh dan ia dijana cip Snapdragon 636 berserta RAM sehingga 6GB. Kamera pula bersaiz 16MP dengan keupayaan fungsi bokeh.

Lebih murah jika beli online di Lazada!
Satu lagi perkara menarik mengenai model ini, ia disertakan dengan tiga variasi mengikut keperluan serta bajet anda. Model 3GB RAM dengan 32GB storan akan dijual pada harga RM649 manakala model 4GB/64GB akan dijual pada harga RM849.

Model 6GB/64GB pula akan dijual pada harga RM999.

Tidak cukup dengan itu Lazada turut memberi tawaran diskaun secara eksklusif bagi model 3GB/32GB dengan harga RM599. Tetapi perlu diingatkan ia hanya dijual dengan harga berkenaan pada tarikh 1,5,12,19 dan 26 Jun.

Sekiranya anda belum membuat keputusan memilih telefon raya, kesemua di atas merupakan pilihan tepat!

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top