CLOSE
CLOSE

Plug-in: Tidak Menang Tangan Buat Kuih dan Baju Raya? Aplikasi Ini Boleh Bantu.

Boleh jana extra pendapatan!


  • Share:

Plug-in: Tidak Menang Tangan Buat Kuih dan Baju Raya? Aplikasi Ini Boleh Bantu.
Hidangan wajib ketika perayaan Aidilfitri. (Gambar: norainezamshah)
Sedar tidak sedar sudah seminggu umat Islam berpuasa. Ini bermakna tinggal baki tiga minggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri.

Buat suri rumah yang berniaga berniaga kuih raya, pastinya tempoh ini merupakan waktu paling getir.

Tempahan makin banyak, tenaga pekerja pula tidak ramai.

Namun pada zaman serba canggih ini, tahukah anda rupanya terdapat satu aplikasi yang boleh membantu anda mendapatkan khidmat pekerja separuh masa ini?

SESUAI BUAT MEREKA YANG MAHU TAMBAH PENDAPATAN

Bantuan ketika saat getir.
Aplikasi terbabit digelar sebagai Akla!

Secara dasarnya, Akla bertindak sebagai platform buat pemilik perniagaan untuk mendapat pekerja sementara dalam kadar segera.

Dalam erti kata lain, Akla bertindak sebagai khidmat domestik yang lebih lokal, mengikut lokasi yang memerlukan perkhidmatan terbabit.

Ia bertindak seperti ‘Jobstreet’ tetapi tidak memfokuskan kepada pekerja mahir. Sesuai buat mereka yang bergelar suri rumah atau individu yang mahu menambah pendapatan.

Bayaran pula bergantung pada sesi perkhidmatan yang ditempah.

Suri rumah yang berniaga pastinya tidak menang tangan menerima tempahan raya.
Satu perkara yang perlu diingatkan juga, Akla tidaklah hanya tertakluk pada perkhidmatan ketika puasa atau raya sahaja, sebaliknya ia bersifat universial.

Apa yang anda (peniaga) perlu lakukan adalah membuka tawaran pekerjaan dengan hanya memilih kategori perkhidmatan dan berapa maklumat sebelum ia disahkan oleh pihak Akla.

Jadi, jika tidak menang tangan terima tempahan kuih atau baju raya , bolehlah cuba aplikasi ini.

Anda boleh muat turun di sini untuk Android dan iOS.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top