Rojak Daily Logo
Back to top

“Satu Malam Teliti Lebih 200 Dokumen”- Tun Siti Hasmah Dedah Pengorbanan Tun M

Pengorbanan Tun Dr. Mahathir untuk negara.

0
comments
“Satu Malam Teliti Lebih 200 Dokumen”- Tun Siti Hasmah Dedah Pengorbanan Tun M
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah akui risau dengan tahap kesihatan suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak cukup tidur.

Menurut Dr. Siti Hasmah, Tun telah menggunakan waktu rehatnya dengan meneliti lebih 200 dokumen kerajaan sehingga jam 5 pagi.
Tun M, pemimpin kesayangan rakyat Malaysia.
“Saya risaukan kesihatan Tun yang tidak cukup tidur, waktu tidur beliau diguakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.

“Dalam satu malam beliau teliti lebih 200 dokumen sehingga 4-5 pagi. Pada jam 7 pagi beliau sudah ada di pejabat,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsi oleh Facebook Che Det Official hari ini.


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pada posting berkenaan, rakyat meluahkan rasa kagum dengan keperibadian dan kewibawaan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, posting itu mendapat lebih 8,000 perkongsian dan menerima 3,000 komen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan pemimpin kesayangan Malaysia.
 
 
 
Comments