Rojak Daily Logo
Back to top

Ucapkan Selamat Tinggal Kepada 1Malaysia

Mula diwujudkan pada 2009 merangkumi 23 inisiatif.

0
comments
Ucapkan Selamat Tinggal Kepada 1Malaysia
Rakyat pasti merindui laungan 1Malaysia! (Gambar: Menara)
'1Malaysia! 1Malaysia! 1Malaysia!'

Siapa tidak kenal dengan slogan ini bukan? 1Malaysia dianggap sebagai gagasan keramat diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika  pemerintahannya sejak 2009.

Intipati 1Malaysia merangkumi elemen satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, kaum, dan kebudayaan. Semua diletakkan di bawah satu induk bagi menjayakannya.

Dibawah 1Malaysia pula terdapat sekurang-kurangnya 23 Inisiatif yang diwujudkan.

Ia termasuklah, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Klinik 1Malaysia, Program Susu 1Malaysia, Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M), Kedai Kain 1Malaysia (KK1M), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan banyak lagi.

1MALAYSIA AKAN DITUKAR TIDAK LAMA LAGI

Hanya nama saja akan ditukar.
Namun tidak lama lagi, berkemungkinan perkataan 1Malaysia itu tidak lagi terpalit dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Ini kerana Perdana Menteri Ketujuh kita, Tun Dr Mahathir telah menyatakan pihaknya akan menukar slogan terbabit.

"Slogan 1Malaysia akan ditukar tapi buat masa ini belum ada slogan sesuai. Masih dikenal pasti," jelasnya.

Jika ada yang bimbang sekiranya berlaku perubahan, janganlah risau. Seperti dinyatakan Tun M, hanya nama slogan saja ditukar.

Apapun sama-sama kita tunggu slogan terbaru yang bakal menggantikan 1Malaysia.
 
 
Comments