Rojak Daily Logo
Back to top

Berakhirnya Episod 'Jeriji Besi' Anwar Ibrahim

Selepas hampir tiga tahun!

0
comments
Berakhirnya Episod 'Jeriji Besi' Anwar Ibrahim
Selamat kembali Anwar Ibrahim! (Gambar: The Associated Press)
Hari ini mungkin menjadi hari paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, dan seluruh rakyat Malaysia.

Selepas hampir tiga tahun, beliau akan dibebaskan kira-kira jam 11 pagi.

Pembebasan itu dibuat selepas beliau mendapat pengampunan penuh diraja seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Astro Awani semalam.

Malah ia turut dinyatakan secara rasmi oleh Istana Negara.


"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan dan berpuashati dengan semua prosedur berkaitan prosiding oleh Lembaga Pengampunan Diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditetapkan esok (hari ini) hari Selasa 15 Mei 2018 jam 11.00 pagi.

Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri telah memohon supaya mesyuarat tersebut ditangguhkan kepada (hari) Rabu 16 Mei 2018 jam 11.00 pagi.

Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya perkara ini dimuktamadkan pada 16 Mei 2018, Rabu menjelang Ramadan." 
-Astro Awani


Proses pembebasan Anwar akan dilakukan di Hospital Rehabilitasi Cheras tanpa perlu dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

STATUS NURUL IZZAH UNDANG SEBAK
 

Sementara itu, anak kepada Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, Nurul Izzah turut meluahkan rasa gembira dan syukurnya menerusi status di Instagramnya.

Status terbabit mengundang sebak apabila beliau meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

“Sudah lama sejak ciuman itu, papa. Sebuah pengampunan berdasarkan keadilan yang tersasar. Satu perpisahan yang akhirnya disusuli dengan satu pelukan," antara luahan hati Nurul Izzah.
 
 
Comments