Rojak Daily Logo
Back to top

Pecah Rekod, Seberang Tasik Menggunakan Motosikal!

Bergerak dengan kelajuan 75 kilometer sejam.

0
comments
Pecah Rekod, Seberang Tasik Menggunakan Motosikal!
Mungkin selepas ini motosikal air akan dijual secara komersial. (Gambar: Twitter Luca Colombo)
Pernahkah anda terfikir yang motosikal mampu bergerak di atas air?
 
Perkara itu bukan lagi mustahil, malah kini mampu menyeberangi tasik.
 
Seorang individu bernama Luca Colombo baru-baru ini telah membuktikan perkara berkenaan.

Malah dia telah mencipta rekod apabila berjaya menyeberangi tasik ketiga terbesar di Itali.

KELAJUAN 75KMJ UNTUK LIMA KM

Luca berjaya mencuri tumpuan dunia
Catatan yang diambil hanyalah dalam masa lima minit dengan menaiki motosikal jenis Suzuki RMZ yang telah diubah suai.
 
Jarak antara permulaan dan penghujung tasik pula lebih daripada lima kilometer. Jadi bayangkan motosikal itu terpaksa bergerak dan terapung di atas tasik sepanjang itu.
 
Motosikal terbabit terlebih dahulu telah diubah suai dengan ditambah bilah getah khas bagi membolehkan kenderaan itu menangani tekanan ketika meluncur dan terapung.

Luca hanya perlu mengekalkan kelajuan 75 kilometer sejam jika mahu menyeberangi tasik berkenaan.

Inilah motosikal yang telah diubah suai.
Berdasarkan video yang dirakam oleh Daily Mail, Luca kelihatan sangat tenang, malah tidak mengendahkan percikan atau gelombang air yang terkena padanya.

Beliau hanya memfokuskan kepada motosikal terbabit dan meluncur terus di permukaan tasik.


Keluasan tasik berkenaan menjadikan aksi Luca ini kelihatan luar biasa. Siapa yang tidak ‘mind blowing’ melihat motosikal bergerak di atas air bukan?
 
 
Comments