CLOSE
CLOSE

Plug-in: Edisi Khas Avengers Ini Dilengkapi ‘Arc Reactor' Iron Man!

Edisi Thanos pula nampak lebih ganas, sesuai dengan watak ‘supervillain’.


  • Share:

Plug-in: Edisi Khas Avengers Ini Dilengkapi ‘Arc Reactor' Iron Man!
Edisi paling cantik dan futuristik! Seperti Iron Man! (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Sudahkah anda bersedia untuk menentang Thanos daripada mendapatkan keenam-enam 'Infinity Stone'?

Jika ya, anda mungkin perlu mendapatkan tiga komputer riba terbaru daripada Acer ini terlebih dahulu. 
 
Komputer riba ini bukan biasa-biasa, sebaliknya menampilkan ciri dan rekaan khas mewakili tiga watak Avengers Infinity War.

Captain America, Iron Man, Thanos digabungkan menerusi tiga edisi khas ini! 
 
ASPIRE 6 EDISI CAPTAIN AMERICA
 
Simbol lima bintang Captain America!
Bagi peminat Captain America, anda boleh dapatkan Aspire 6 yang menampilkan rekaan pentagram ikonik pada 'cover' komputer.
 
Setanding dengan kekuatan Captain America, komputer riba ini amat berkuasa apabila dijana oleh Intel Core i5-8250U Gen ke-8 dan Grafik NVDIA GeForce MX150.
 
Bagi keupayaan memori pula Aspire 6 hadir bersama memori DDR4 4GB (boleh naik taraf sehingga 16GB) dan storan SATA 1TB HDD.
 
Peranti ini turut dilengkapi Dolby Audio Premium untuk bunyi yang lebih menyeluruh dan berkualiti.
 
Aspire 6 ini ditawarkan pada harga RM3,299.

ACER NITRO THANOS

Perincian emas bersama warna hitam untuk model Thanos
Bagi model kedua iaitu Acer Nitro Edisi Thanos pula, rekaannya boleh dikatakan lebih ‘gagah’ berbanding model lain.
 
Sesuai dengan gelaran ‘supervillain’ paling digeruni, rekaan komputer riba ini juga nampak ganas dan solid. Idaman ‘gamers’ di luar sana.
 
Paling menyerlah adalah ‘cover’ peranti ini yang menampilkan potret Thanos yang dihasilkan dengan teknologi IMR (In-Mold Roller).
 
Malah, garisan ‘chasis’ berwarna hitam matte dan emas menjadikan komputer riba ini nampak sungguh eksklusif!
 
Secara keseluruhannya, Nitro 5 dikuasakan oleh grafik Nvidia GeForce GTX 1050 dengan GDDR5 yang digabung bersama cip pemprosesan Intel Core i5-7300HQ generasi ke-7.
 
Tempoh boot-up juga laju sekali gus memendekkan masa 'loading' ketika bermain.
 
Storan sebesar 128GB SSD dan 1TB HDD juga menjanjikan penggunaan yang optimum.
 
Selain itu, gabungan Dolby Audio Premium dan Acer True Harmony menawarkan pengalaman bunyi yang ‘immersive’ untuk ‘kaki game’.
 
Nitro 5 ditawarkan pada harga RM4,299.

SWIFT 3 IRON MAN

Paling menyerlah diantara ketiga-tiga model
Acer Swift 3 berkemungkinan komputer riba edisi khas yang bakal mendapat permintaan paling tinggi.
 
Melihat warna merahnya saja sudah boleh menjangkakan ia edisi khas Iron Man. Dengan ukuran 17.95mm dan berat 1.6 kg, komputer ini adalah yang paling ringan dan nipis.
 
Selain diliputi warna merah dengan keperincian emas pada papan kekuncinya, lampu nyalaan ‘arc reactor' Iron Man adalah kekuatan rekaan peranti ini.
 
Seperti mana anda lihat ‘arc reactor’ pada sut Iron Man, seperti itu jugalah pada komputer ini.
 
Logo marvel turut dibina berhampiran papan kekunci.
Sama seperti Captain America, edisi Iron Man ini juga menggunakan cip pemprosesan paling terkini iaitu Intel Core i5-825OU generasi ke-8.
 
Bagi keupayaan grafik, Iron Man menggunakan Intel UHD Graphic 620 dan jangka hayat bateri pula selama 10 jam.
 
Harga bagi edisi Iron Man ini adalah RM4,399.

Anda boleh dapatkan komputer ini bermula hari ini. 
Untuk makluman anda komputer riba ini hanya ditawarkan di lapan negara di rantau Asia Pasifik dan Malaysia antara yang terpilih.
 
Negara lain termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan India.
 
Anda boleh dapatkan komputer edisi terhad ini sepanjang jelajah selama empat hari di Sunway Piramid pada 26 hingga 29 April ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top