Akibat Pembedahan Tukar Warna Mata, Model Hampir Buta

Mungkin dia tak tahu kewujudan kanta lekap.


  • Share:

Akibat Pembedahan Tukar Warna Mata, Model Hampir Buta
Foto: metro.co.uk, Foxnews & The Sun

Akibat mahu menukar warna matanya daripada perang kepada kelabu cair, Nadinne Bruna, 32, seorang model yang terkenal di laman Instagram hampir buta selepas menjalani satu pembedahan plastik untuk menukar warna matanya.

 

Kini dia menyesal seumur hidup apabila hilang 80 peratus penglihatan di mata kanan dan 50 peratus di mata kirinya selepas menjalani satu pembedahan pembedahan memasukkan implan silikon pada matanya.

 
 

A post shared by The Bruna Twins (@dannitabruna) on

Model yang menetap di Miami, Florida ini menjalani pembedahan plastik di Bogota, Colombia selepas Amerika Syarikat mengharamkan pembedahan tersebut kerana terlalu bahaya.

 

Nadinne yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram berkata, dia diberi diskaun untuk menjalani pembedahan menukar warna mata berkenaan tetapi menyesal seumur hidup kerana prosedur itu menyebabkan dia hampir buta.

 

Dia menjalani prosedur berkenaan bersama pembedahan laser pada September 2016 tetapi tidak lama selepas itu matanya mula sakit. Penglihatannya mula menjadi kabur kerana implan itu menekan saraf optik dan selama beberapa bulan matanya menjadi merah serta sakit.

 
 

A post shared by The Bruna Twins (@dannitabruna) on

Dia kembali ke Colombia pada Mac dan Jun 2017 untuk menjalani dua pembedahan bagi memulihkan penglihatannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Nadinne terpaksa mendapatkan rawatan di Institut Mata Bascom Palmer di Miami untuk membuang implan berkenaan.

 

“Sebelum pembedahan ini saya mempunyai mata yang sihat tetapi kini semuanya berubah. Penglihatan saya kini seperti orang berusia 90 tahun,” jelasnya.

 Sumber: Harian Metro

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top