Kes Di Bawah Akta Antiberita Tidak Benar Pertama 'Milik' TMJ

Kecoh di media sosial kononnya TMJ beri bantuan kali kedua.


  • Share:

Kes Di Bawah Akta Antiberita Tidak Benar Pertama 'Milik' TMJ
Dua hari lalu Akta Antiberita Tidak Benar 2018 digazetkan secara rasmi.
 
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas akta itu diluluskan Dewan Rakyat dan mendapat perkena Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Secara umumnya, akta berkenaan digubal bagi membendung penyebaran berita tidak benar yang semakin menular susulan ledakan teknologi maklumat.

KES TMJ KES PERTAMA DISIASAT BAWAH AKTA INI

Semuanya bermula selepas TMJ bermurah hati belanja pengguna di Tebrau.
Bagaimanapun dua hari selepas digazet, satu kes telah diletakkan di atas Akta berkenaan dan ia membabitkan penyebaran berita palsu mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kononnya memberi bantuan di beberapa pasar raya, semalam.
 
Penyebaran mesej mendakwa TMJ akan memberi bantuan sehingga RM200 di Pontian tular di media sosial.
 
Anda lihat saja gambar kekecohan yang berlaku disebabkan mesej berkenaan. Teruk bukan?

DENDA MAKSIMUM RM500,000

Golongan OKU dan warga emas turut menjadi mangsa berita palsu ini. 
Sehubungan itu Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, menerusi Harian Metro menjelaskan pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
 
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk makluman mesej palsu itu tidak hanya tertumpu hanya di Pontian Johor, malah ia turut tular di beberapa lokasi lain.

Malah Pengarah Operasi Econsave Mas Imran Adam turut meluahkan kekesalan apabila mengalami sedikit kerugian.

“Paling sedih orang kurang upaya (OKU) dan warga emas juga terkesan dengan berita palsu itu,” katanya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top