Carolina Ini Mungkin Nampak 'Sweet' Tetapi Sebenarnya Mampu Membunuh Anda!

Lupakan saja 'Carolina' ini jika sayangkan kesihatan anda


  • Share:

Carolina Ini Mungkin Nampak 'Sweet' Tetapi Sebenarnya Mampu Membunuh Anda!
Berakhir dengan penyesalan? Kalau cukup berani tanggung risiko, silalah cuba. (Gambar: Travelnine)
Siapa tidak suka makanan yang pedas bukan. Kalau tidak pedas dalam masakan rasa seperti tidak sempurna juadah.
 
Pasti ada yang meminta cili potong atau sambal belacan.
 
Namun tahukah anda jenis cili yang kita makan selama ini kurang daripada 10 peratus daripada tahap kepedasan sebenar?

CILI MANAKAH YANG DINOBATKAN SEBAGAI CILI PALING PEDAS?

Memegang rekod sebagai cili paling pedas 2018!
Secara saintifiknya, unit SHU Scoville adalah unit digunakan untuk mengukur tahap pedas cili.

Bagi 2018, cili paling pedas diberikan kepada Carolina Reaper.

Carolina Reaper berasal dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat manakala satu lagi cili paling pedas iaitu Bhut Jolokia berasal dari Assam, India.
 
Carolina Reaper mencatatkan tahap kepedasan setinggi 1,569,300 SHU manakala Bhut Jolokia adalah 1,041,427 SHU.
 
Sebagai perbandingan, tahap kepedasan cili Jalapeno yang sering digunakan kebanyakan menu makananan hanyalah 10,000 SHU.
 
Namun, adakah cili pedas sebegini selamat dimakan?
 
GEJALA SAKIT KEPALA DAN LEHER TAHAP KRONIK

Sayangilah badan dan kesihatan anda.
Mengikut artikel diterbitkan dalam jurnal perubatan BMJ, terdapat seorang lelaki mengalami gejala ganjil dan kesakitan amat perit selepas menyertai pertandingan makan cili Carolina Reaperpada 2016.
 
Tahap kesakitan digambarkan seperti disambar petir pada bahagian kepalanya. Selain itu, pesakit turut mengalami sakit pada bahagian leher hingga terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan.
 
Lebih menakutkan, hasil ujian menerusi pelbagai kaedah neurologi adalah negatif!
 
Imbasan pada otaknya kemudian mendapati arteri pada bahagian berkenaan telah mengecut dan sindrom berkenaan dikenali sebagai cerebral vasoconstriction (RCVS).
 
Biarpun kes ini agak terpencil, namun anda dinasihatkan supaya berhati-hati memilih jenis cili untuk dimakan.

Sebelum ini juga terdapat amaran memakan cili yang mempunyai tahap kepedasan tinggi kerana dikhuatiri boleh menyerang jantung anda.

Pendedahan laporan ini juga bukan bertujuan menakutkan orang ramai sebaliknya lebih kepada kesedaran awam.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top