CLOSE
CLOSE

Plug-in: Teruja Dengan Huawei P20 Pro? Ini Hasil Gambar Anda Perlu Lihat

Model ini juga menerima skor tertinggi oleh Dxomark.


  • Share:

Plug-in: Teruja Dengan Huawei P20 Pro? Ini Hasil Gambar Anda Perlu Lihat
Adakah gambar yang dihasilkan tiga lensa ini berkualiti? Anda nilaikan sendiri. (Gambar: Android Authority)
Hari ini boleh dikatakan ‘timeline’ media sosial dipenuhi dengan berita mengenai kehebatan telefon pintar terbaru jenama Huawei.
 
Model Huawei P20 dan P20 Pro dilancarkan bersama edisi khas Huawei Mate RS.
 
Bagaimanapun tumpuan tentulah pada P20 Pro yang merupakan telefon pintar pertama dengan tiga lensa. 

Malah, peranti ini menerima skor tertinggi setakat ini iaitu 109.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S9 Plus hanya menerima skor 99 manakala Apple iPhone X menerima 97 mata.

PERANTI ANDROID PERTAMA TIGA LENSA

Zaman dua lensa sudah berakhir.
Lensa utamanya adalah 40 MP manakala lensa kedua 20 MP untuk keupayaan monokrom. Lensa ketiga iaitu sebesar 8MP pula digunakan untuk zum secara optikal tiga kali.
 
Secara dasarnya, Huawei bukanlah pertama kali mencipta telefon pintar berkamera 40 MP kerana ia sudah dilakukan terlebih dahulu oleh Nokia 808 PureView.
 
Namun bagi segmen Android, Huawei adalah yang pertama.
 
HASIL GAMBAR (BETA) UNTUK ANDA NILAIKAN

Subjek dan latar belakang berjaya diasingkan dengan baik
Jika melihat spesifikasinya memang hebat! Namun, bagaimana pula hasil gambar yang kamera P20 Pro ini.
 
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kualiti imej dihasilkan bukan?
 
Berita baik bagi anda semua, portal ‘tech’ terkemuka Android Authority telah berkongsi beberapa sample gambar daripada P20 Pro.
 
Sebelum anda memberi pandangan terhadap kualiti imej ini, perlu diingatkan, peranti ini masih menggunakan perisian beta dan mungkin kualiti pada model yang dipasarkan nanti akan berbeza.

Lihatlah kualiti fokus pada imej beruang ini.

Kualiti gambar 'low light'.

Pasti ramai menantikan kualiti potret dihasilkan.
Imej selepas lima kali zum
Untuk anda yang berminat mendapatkan P20 Pro atau P20, anda bolehlah menunggu tarikh pelancaran yang akan berlangsung beberapa minggu saja lagi.

Sehingga kini harga pasaran untuk kedua-dua model ini masih belum dinyatakan oleh pihak Huawei.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top