CLOSE
CLOSE

Minuman Terbaru Starbucks Ini Didakwa Dapat Menilik Nasib Anda

Terdapat tiga pilihan warna 'topping' iaitu biru, ungu dan hijau.


  • Share:

Minuman Terbaru Starbucks Ini Didakwa Dapat Menilik Nasib Anda
Minuman terbaru daripada Starbucks ini kelihatan menarik dengan gimik lain dari yang lain. (Gambar: clairbear25)
Jenama minuman kopi kegemaran ramai, Starbucks memang sinonim dengan produk unik terutamanya ketika musim perayaan.

Setiap kali tiba muasim perayaan atau festival, setiap kali itu jugalah menu baru akan diperkenalkan.

Jika di Malaysia, berkemungkinan menu hari natal adalah yang paling dinantikan. Namun di luar negara, sebenarnya banyak lagi produk dan perisa baru diperkenalkan.

MINUMAN TILIK NASIB PERTAMA STARBUCKS
 
Mahu menilik nasib? Boleh cuba ini.
Jika tahun lalu Starbuck mencipta fenomena apabila melancarkan Starbucks Unicorn, tahun ini mereka kembali tetapi dengan produk lebih menarik dikenali sebagai minuman bola kristal atau ‘The Crystal Ball Frappucino’.
 
Jika dilihat pada nama minuman ini, ia mengingatkan kita kepada bola tilik nasib yang popular. Mungkin inilah yang cuba disampaikan oleh Starbucks menerusi keluaran terbaru ini.
 
Secara asasnya, 'Crystal Ball Frappucino' adalah minuman ais yang dikisar bersama kopi manakala bahagian atasnya diletakkan manisan ‘sprinkles’ berwarna bersama krim putar.
 
Bagi mengekalkan identiti ‘crystal ball’, Starbucks turut menggunakan tiga variasi warna ‘sprinkles’ yang mana setiap daripadanya mempunyai maksud tersendiri. Tiga warna itu adalah biru, hijau dan ungu.

SETIAP WARNA MEMBAWA MAKSUD TERSENDIRI

Tiga warna yang bakal menentukan nasib anda. 
Hijau menggambarkan anda mempunyai nasib yang baik manakala ungu pula dikatakan akan berlaku perkara yang ‘magis’ dan tidak diduga.
 
Biru pula dikatakan bakal berlaku satu pengembaraan baru dalam hidup anda. Adakah ia benar atau gimik semata-mata? Anda tentukan.
 
Minuman ini pastinya nampak menarik, namun ia hanya dikeluarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico sahaja.
 
Minuman ini juga dikeluarkan dalam tempoh terhad iaitu sehingga 26 Mac. Mungkin beberapa bulan lagi akan memasuki Malaysia, siapa tahu bukan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top