Rojak Daily Logo

Dua Tahun - MH17 Dalam Kenangan

0
comments
Dua Tahun - MH17 Dalam Kenangan
Peristiwa hitam yang menyayat hati. (Gambar: Reuters, Getty Images)

Tiada apa yang lebih menyayat hati daripada menerima berita pemergian orang tercinta dalam satu kejadian yang dasyat. Tarikh 17 Julai 2014 mencatatkan memori hitam pada warga Malaysia juga seluruh dunia apabila pesawat Malaysia Airlines MH17 telah ditembak jatuh lalu mengorbankan kesemua mangsa. 

Semalam penduduk kampung di timur Ukraine telah berkumpul bagi mengadakan perhimpunan di tapak nahas kapal terbang MH17 yang terhempas di kawasan itu. Perhimpunan yang turut disertai ahli keluarga dan saudara- mara mangsa ini berkabung sempena memperingati dua tahun kejadian perit tersebut. Hampir 60 orang berkumpul membawa bunga dan lilin di tanah lapang tempat sebahagian mayat dan barang-barang mangsa bertaburan.

Gambar: AFP

Di Vijfhuizen, sebuah bandar kecil berdekatan lapangan terbang Schiphol Amsterdam, tempat pesawat itu berlepas turut dibanjiri ratusan saudara-mara berkumpul. Kebanyakan mereka berkabung dengan menyanyikan lagu, membaca puisi dan menyebut nama kesemua 298 mangsa. Turut diletakkan 298 buah bunga matahari bagi memperingati mangsa.

Gambar: EPA

MH17 telah terhempas di wilayah yang dipegang oleh puak pemisah pro-Rusia, membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal. Kebanyakan penumpang adalah rakyat Belanda.

Malaysia Airlines telah menyelesaikan tuntutan ganti rugi bagi kebanyakan mangsa penerbangan MH17,  menurut laporan penyiar Belanda NOS. Di bawah Konvensyen Montreal, Malaysia Airlines perlu membayar ganti rugi sehingga AS$145,000 (RM580,000) kepada keluarga mangsa.

Gambar: www.sbs.com

Lembaga Keselamatan Belanda telah membuat kesimpulan dalam laporan akhirnya pada akhir 2015, pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu telah diserang oleh peluru berpandu buatan Rusia sehingga menyebabkannya terhempas dan mengorbankan kesemua mangsa. Semoga ahli keluarga dan saudara-mara terus tabah menghadapi kehilangan akibat peristiwa ini.

 
 
 
Comments