CLOSE
CLOSE

Datuk Kepada Dua Cucu Harumkan Nama Negara Menerusi Kajian Berasaskan AI

Anugerah Marie Sklodowska-Curie bukanlah anugerah biasa sebaliknya ia antara paling berprestij.


  • Share:

Datuk Kepada Dua Cucu Harumkan Nama Negara Menerusi Kajian Berasaskan AI
Prof Dr Ng Kwan Hoong menjadi rakyat negara membangun pertama menerima anugerah berprestij ini. (Gambar: UM Press)
Pengiktirafan demi pengiktirafan yang dikecepai rakyat Malaysia membuktikan negara ini mempunyai ramai pakar dan bakat yang boleh diketengahkan.
 
Tidak kira apa juga bidang diceburi, pengiktirafan yang diterima dari peringkat antarabangsa pastinya membanggakan rakyat di negara ini.

SAINTIS MALAYSIA PERTAMA TERIMA ANUGERAH

Terbaru seorang penyelidik Malaysia, Prof Dr Ng Kwan Hoong menjadi saintis pertama dari negara membangun, menerima Anugerah Marie Sklodowska-Curie.
 
Jika anda tidak biasa dengan anugerah berkenaan, ia merupakan anugerah berprestij yang dinamakan bersempena Marie Curie.
 
Marie Curie ini satu-satunya individu yang memenangi anugerah nobel dalam bidang fizik dan kimia masing-masing pada tahun 1903 dan 1911.

Oleh demikian, jika sesiapa menerima anugerah ini, ia pastinya satu pencapaian paling membanggakan.

Anugerah ini dianjurkan oleh Pertubuhan Antarabangsa Fizik Perubatan (IOMP) berpangkalan di United Kingdom yang mewakili 25,000 ahli fizik perubatan di seluruh dunia.
 
Bagi tahun ini tiba giliran rakyat Malaysia pula untuk menerima anugerah berprestij ini.

TEKNOLOGI BERASASKAN AI

Teknologi diperluaskan dalam bidang perubatan.  
Beliau adalah profesor dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan penyelidikan utamanya adalah dalam pemeriksaan kanser payu dara.
 
Apa yang dilakukan profesor ini menggunakan kecerdasaran buatan (AI) bagi mengesan kanser di peringkat awal.
 
Teknologi ini turut mendapat kerjasama rakan penyelidiknya di Singapura.
 
Difahamkan, datuk kepada dua cucu ini menyatakan akan hadir menerima anugerah berkenaan pada Kongres Dunia mengenai Fizik Perubatan dan Kejuruteraan Bioperubatan di Prague, Jun ini.

"Saya tidak sangka dipilih untuk menerima anugerah setinggi ini," katanya menerusi Mstar.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top