Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Suudu Logo
Back to top

Kecewa Dengan Netizen Punca TMJ Letak Jawatan Presiden FAM

Netizen kerap menyalahkan Presiden FAM setiap kali ranking dunia Harimau Malaya jatuh.

0
comments
Kecewa Dengan Netizen Punca TMJ Letak Jawatan Presiden FAM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada malam Khamis.

 

Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata peletakan jawatan badan induk itu lebih kepada luahan kekecewaan baginda terhadap segelintir netizen yang kerap kali menyalahkan Presiden FAM setiap kali ranking dunia Harimau Malaya jatuh.

 

Tambah beliau lagi, banyak kejayaan dicipta Tunku Ismail sepanjang tempoh hampir setahun baginda bergelar Presiden FAM sejak 25 Mac 2017 dan baginda tidak perlu meletak jawatan sebagai Presiden FAM hanya kerana desakan segelintir netizen itu.

 

"Saya sebenarnya berasa terkejut selepas membaca kenyataan Tunku Mahkota Johor yang menyatakan baginda harus meletak jawatan sebagai Presiden  FAM susulan ranking skuad Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan ke-178 dunia, petang semalam.

 

"Takkanlah kerana isu ranking, kita rela kehilangan seorang individu yang cukup berwibawa, begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara," katanya dalam kenyataan hari  ini.

Sumber: Bernama

 
 
Comments