Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Suudu Logo
Back to top

Super SUV Pertama Lamborghini Memasuki Pasaran Malaysia!

Mampu memecut dalam kelajuan 0-100 km/j hanya dalam masa 3.6 saat

0
comments
Super SUV Pertama Lamborghini Memasuki Pasaran Malaysia!
keluaran terbaru Lamborghini dikenali sebagai Urus. (Gambar: Lamborghini)
Jika ditanya mengenai jenis atau jenama kereta mewah idaman, pastinya Lamborghini meniti di bibir peminat automobil.
 
Lambang lembu Sepanyol yang digunakan saja sudah menggambarkan kekuatan jenama ini sebagai antara pelopor segmen kereta mewah paling berkuasa di dunia.
 
Malah, penjualan model jenama ini juga memilih Malaysia sebagai fokus Lamborghini dalam memasarkan keluaran mereka pada setiap tahun.
 
Ini terbukti apabila Lamborghini, hari ini telah pun melancarkan keluaran terbaru mereka dikenali sebagai Urus!

KERETA SUPER SUV MEWAH PERTAMA
 
Super SUV pertama daripada Lamborghini.
Persoalan bermain di fikiran mengapa model kenderaan terbaru ini dikenali sebagai Urus?

Difahamkan, Urus adalah sejenis lembu liar iaitu 'Aurochs' yang digunakan di dalam pertarungan di Sepanyol. Nama saintifiknya pula adalah bos taurus primigenius.
 
Oleh demikian, pemilihan nama itu amat sesuai dengan saiz dan kehebatan yang cuba ditonjolkan menerusi kenderaan terbaru ini.
 
Paling menarik, kenderaan baru ini adalah daripada jenis 'Super Sport Utility Vehicle' atau kenderaan utiliti sukan pertama di bawah jenama Lamborghini yang memasuki pasaran Malaysia.
 
Kenderaan ini mampu menempatkan lima individu iaitu dua di bahagian hadapan dan tiga di belakang. Sebagai SUV, bahagian belakang ini juga mampu direndahkan untuk menjadikan ruang lebih besar.
 
Selain itu, jika dilihat mengenai penggunaan material di dalamnya, Super SUV ini menggabungkan bahan kulit dan kayu yang sangat eksklusif.
 
Ia sekali gus menampilkan ciri mewah dan premium!

KELAJUAN 100KM HANYA 3.6 SAAT

Bahagian dalam yang cukup eksklusif dan mewah. 

Bagi aspek enjin pula ia menggunakan enjin V8 4.0 liter ‘twin-turbo’. Kuasa dihasilkan adalah sehingga 650 PS pada 6,000 rpm dan 850 Nm tork pada 2,250 rpm.
 
Kenderaan ini mampu memecut dalam kelajuan 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat manakala kelajuan maksium pula adalah 305 km/j.
 
Menerusi Urus ini, Lamborghini dilihat mampu mengekalkan penguasaan mereka dalam segmen kereta mewah.
 
Urus dibina menggunakan DNA bersama eleman SUV ke tahap lebih tinggi.
 
Malah, Urus dijangka meningkat skala jualan Lamborghini pada tahun 2018 berdasarkan jumlah pra-tempahan yang diterima pada peringkat pertama tahun ini.
 
Sehingga kini Lamborghini belum menyatakan harga mereka tetapi anda boleh merujuk di laman sesawang mereka Lamborghini untuk tetapan harga terkini.

Saiz Super SUV yang besar ini mampu memuatkan lebih banyak barang.
 
 
Comments