Rojak Daily Logo

Pulau Pinang Destinasi Makanan Popular Mengalahkan Paris!

0
comments
Pulau Pinang Destinasi Makanan Popular Mengalahkan Paris!
Bikin lapar! (Gambar: Awesome Penang)

Cayalah Pulau Pinang! Penulis masakan terkenal serata dunia, James Oseland, 53, telah memilih Pulau Pinang untuk berada di kedudukan teratas carta destinasi makanan terbaik dunia, mengalahkan Bangkok dan Paris!

Gambar: Go Penang

Pulau Pinang sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bahkan ia turut diakui oleh orang Malaysia sendiri. Keunikan pasembor, kari kapitan, char kuew tiaw, asam laksa, nasi kandar, dan pelbagai hidangan pembangkit selera yang lain cukup meletakkan Pulau Pinang di mata dunia.

Gambar: Visit Penang

Oseland yang merupakan seorang wartawan, penulis, editor majalah serta hakim program realiti di Amerika dalam misi mencari makanan terbaik di Pulau Pinang untuk diletakkan di dalam buku terbaharunya. Disuruh memilih tiga destinasi terbaik dunia sebagai tempat pilihan makanan, Oseland telah memilih Pulau Pinang sebagai nombor satu, diikuti Mexico City dan London.

Gambar: Huffington Post

Sejak dari pertamanya di Pulau Pinang pada 15 Julai yang lalu, Oseland memilih nasi kandar dan chee cheong fun sebagai hidangan kegemarannya. Dia akan berada di Pulau Pinang sehingga 20 Julai dan selepas Pulau Pinang, Oseland akan menjelajah ke Kedah sebelum ke Indonesia dan Timor Leste dalam siri penjelajahannya.

 
 
Comments