Rojak Daily Logo
Back to top

Gambar Jek Kereta Dibeli Pemuda Ini Mengundang Tawa Netizen

Barang alat ganti kereta yang ditempahnya itu bukanlah seperti yang disangka.

0
comments
Gambar Jek Kereta Dibeli Pemuda Ini Mengundang Tawa Netizen
Gambar pembelian jek ini tular di media sosial. (Gambar: Syairozi Ali)
Pembelian atas talian pastinya menjadi kegemaran masyarakat sekarang kerana caranya yang lebih mudah dan murah.

Buktinya semakin banyak platform eDagang yang muncul saban tahun. Malah, pengguna lebih senang apabila barang yang dibeli di hantar terus ke pejabat tanpa perlu membazirkan masa. 
 
Namun, dalam keseronokan kita membeli belah menerusi atas talian ini, tidak kurang juga insiden membabitkan isu penipuan dan kesalahan yang sering terjadi kepada pengguna.

Disebabkan itulah anda harus berhati-hati dan membaca diskripsi jualan secara terperinci. Jika tidak peka, anda juga mungkin menerima nasib seperti individu ini.

GAMBAR PEMBELIAN JEK KERETA TULAR
 
Perbandingan gambar jek yang dengan saiz tayar kereta.
Individu terbabit dikenali sebagai Syairozi bersama kisah dukanya menarik perhatian netizen di media sosial selepas dia membeli jek kereta atau ‘jack stands’di platform eDagang, Lazada pada 23 Februari lalu.

Apa yang menghairankan adalah jek kereta yang ditempahnya itu bukanlah jek kereta sebenar sebaliknya ia khusus untuk kereta kawalan jauh bersaiz mini.

Anda boleh lihat berdasarkan gambar yang dimuat naik di Facebook lelaki ini. 
 
Malah, perbandingan saiz jek kereta dengan tayar itu juga turut menghiburkan netizen sehingga gambar berkenaan mendapat lebih 8,000 perkongsian dan 5,000 ‘likes’.
 
Difahamkan, pemuda terbabit telah pun membeli berangan itu menerusi Lazada dengan harga RM70.
 
Bagaimanapun, apa yang membuatkan pemuda terbabit terlepas pandang adalah diskripsi yang telah menjelaskan saiz sebenar jek kereta pada katalog di Lazada.
 
'Suitable for 1/10 RC4WD D90 SCX10 rock crawler RC Car' Diskripsi ini saja sudah menjelaskan jenis kereta yang sesuai digunakan.

AKUI KESILAPAN TIDAK PEKA KETIKA MEMBELI
 
Sentiasa berhati-hati dalam membeli barangan di Lazada.
Sementara itu, Syairozi turut mengakui kesilapannya kerana tidak menyemak secara terperinci sebelum membuat pembayaran.
 
Untuk anda yang gemar membeli belah secara atas talian, silalah berhati-hati sebelum melakukan pembayaran.
 
Sementara itu, Lazada menerusi satu kenyataan mengesahkan sudah menghubungi pengadu bagi memberi penjelasan mengenai insiden tersebut.
 
Malah, pihaknya juga komited untuk berterusan mendidik pelanggan mereka supaya kejadian sedemikian tidak berulang.
 
 
Comments