Rojak Daily Logo

Kek Ikan Bawal Ini Berharga RM15,900!

0
comments
Kek Ikan Bawal Ini Berharga RM15,900!
Gambar asal: Harian Metro & Bawal Exclusive
Ya, jangan terkejut dengan tajuk berita ini, kerana ianya telah benar-benar berlaku! Jika pada bulan Februari lalu, berita kek hari jadi Neelofa yang mencecah harga RM6,000 telah menjadi viral dan mendapat perhatian di seluruh negara, kali ini, sebuah kek lagi pasti akan menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan netizen dan rakyat Malaysia. 
Gambar: Neelofa

Pada hari Selasa lepas, jenama tudung yang terkenal dengan harga mewahnya, Bawal Exclusive telah menganjurkan majlis pelancaran bangunan baru mereka di Puchong, Selangor. Disebabkan majlis ini, pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, telah membuat tempahan kek dua tingkat yang bertatahkan kristal Swarovski yang bernilai RM15,900 besertakan logo ikan bawal di atasnya! Mahal bukan? Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan harga kek ini; ada yang melihatnya sebagai suatu pembaziran dan ada juga yang memuji kek tersebut.

Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, Bawal Exclusive telah menganjurkan sebuah peraduan meneka bilangan batu Kristal Swarovski yang ada pada kek tersebut melalui akan Instagram mereka. Kepada sesiapa yang berjaya meneka jumlah Kristal tersebut dengan tepat atau paling hampir akan memenangi sehelai tudung Bawal Exclusive beharga RM2,000. Pengguna Instagram, @sarah_aris telah dipilih sebagai pemenang semalam selepas memberikan jawapan yang hampir tepat iaitu 5,151 biji kristal. 

Gambar: Instagram Bawal Exclusive

Gambar: Instagram Bawal Exclusive

Kami memuji kesungguhan pembuat kek tersebut dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun, jika dibandingkan dengan kek hari jadi Neelofa, kami rasa rekaan, kemasan, dan harga kek tersebut jauh lebih berbaloi daripada kek berharga RM15,900 ini.
 

Apa-apapun, syabas kami ucapakan kepada Bawal Exclusive kerana berjaya memiliki bangunan mereka sendiri selepas berkencimpung dalam dunia perniagaan selama 19 tahun. Tidak lupa juga kepada pembuat kek tersebut, Anne Idris, tahniah atas kejayaan anda untuk menghasilkan kek tersebut. 
Gambar: Facebook Bawal Exclusive

Kami dapat merasakan kek bertatahkan batu kristal Swarovski akan menjadi trend pada tahun ini. Siapa tahu, mungkin jangkaan kami tepat, hehe.
 
 
Comments