CLOSE
CLOSE

Dakwat Kekal Telah Ditempah? Ini Lapan Perkara Anda Perlu Tahu

Cuti untuk segelintir pekerja sudah dibekukan tapi persoalannya bilakah tarikh PRU14?


  • Share:

Dakwat Kekal Telah Ditempah? Ini Lapan Perkara Anda Perlu Tahu
Dakwat kekal yang akan digunakan tidak mengandungi bahan najis yang menyalahi syarak. ( Gambar: Astro Awani )
Pasti ramai tertanya-tanya bilakah hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal berlaku? Adakah pada Mei, Jun atau Julai?
 
Semuanya masih menjadi tanda tanya dan kerajaaan masih berdiam diri membiarkan rakyat jelatanya berteka teki mengenai tarikh penting berkenaan.
 
Malah, sebilangan permohonan cuti baik kakitangan awam atau pihak terlibat dalam proses undian ini telah pun dibekukan.
 
Pembekuan cuti saja tidak cukup untuk menamatkan spekulasi tarikh PRU14 ini. Bagaimanapun, baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun membuat tempahan dengan dakwat kekal bermakna memang acara terbesar itu akan diadakan tidak lama lagi.
 
Rojak Daily Skop! senaraikan lapan perkara anda perlu tahu mengenai dakwat kekal,
 
1. PERTAMA KALI DIGUNAKAN PADA PRU13

Dakwat kekal pada PRU13!
Dakwat kekal pertama kali digunakan di Malaysia semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
 
Tujuan utamanya adalah untuk mengelak cubaan pengundi yang tidak bertanggungjawab untuk mengundi lebih dari sekali di tempat berasingan.
 
Pemilihan ini mencetuskan kontroversi kerana ada pihak yang tidak senang dengan keputusan SPR ini.

2. DIBATALKAN PENGGUNAANNYA PADA 2008
 
Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai Pembaharuan Pilihan Raya dan disediakan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pelaksanaan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012.
 
PRU13 adalah penggunaan rasmi bagi dakwat kekal ini tetapi ia bukanlah pertama kali diperkenalkan di negara ini.
 
Ini kerana, pada pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 2008 dakwat telah pun ditempah untuk digunakan untuk mengundi.
 
Bagaimanapun, penggunaannya dibatalkan tiga hari sebelum pilihan raya umum tahun itu di atas nasihat Peguam Negara kerana keraguan terhadap kesahihannya.
 
3. DAKWAT KEKAL UNTUK NEGARA KURANG MAJU
 
Bukan hanya Malaysia menggunakan kaedah ini.
Menurut  Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi SPR sebelum ini, penggunaan dakwat kekal meletakkan Malaysia di dalam kumpulan sama dengan negara kurang maju termasuk Afrika.
 
Malah, kaedah itu juga sama digunakan bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk sama seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.
 
Negara ini terpaksa menggunakan keadah dakwat kekal kerana kemajuan teknologi maklumat untuk menyediakan sistem pendataan rakyat belum dapat diadakan.
 
4. JANGAN BERMIMPI UNTUK DAFTAR DUA KALI
 
Penggunaan dakwat kekal hanyalah sebagai bukti pengundi telah pun menjalankan kewajipan mereka dan ia tidak bermakna sistem pendaftaran boleh dipintas untuk mendaftar sebanyak dua kali.
 
Sistem pendaftaran pemilih yang dijalankan oleh SPR menggunakan ‘identifier’ merujuk 12 angka nombor kad pengenalan setiap individu yang unik.
 
Sehubungan itu, agak  mustahil nombor 12 angka tersebut dikeluarkan kepada dua kad pengenalan yang berlainan atau kepada dua warganegara yang berlainan.
 
5. HUKUMAN SEKIRANYA ENGGAN DICALIT DAKWAT KEKAL

Inilah bagaimana jari anda akan dicalit dakwat kekal
Pengundi boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang membawa hukuman denda RM1,000 dan penjara sekiranya menimbulkan kekecohan pada hari pengundian termasuk enggan membenarkan jarinya dicalit dengan dakwat kekal.
 
6.  DAKWAT BEBAS BAHAN NAJIS

Jari telunjuk kiri pengundi akan dicalitkan dakwat kekal sebelum proses membuang undi.

Selain itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan dakwat kekal yang akan digunakan pada PRU-13 tidak mengandungi bahan najis yang melanggar hukum syarak.
 
7. DAKWAT BARU BAGI PRU14 DITEMPAH

Dakwat sudah tiba, maka PRU boleh bermula.
Bagi PRU14 ini, SPR membuat tempahan untuk satu lakh (100,000) botol dakwat kekal bernilai RM4.8 juta.
 
Setiap botol mengandungi 60 mililiter (ml) dakwat kekal dan produk berkenaan jenis sama digunakan oleh 4.5 bilion pengundi di India dan negara lain.
 
8. LUPUT DALAM TEMPOH ENAM BULAN
 
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini turut menjelaskan dakwat kekal hanya boleh ditempah menjelang tarikh pilihan raya.
 
Dakwat berkenaan juga mengambil masa dua bulan disiapkan manakala tempoh luputnya mengambil masa enam bulan.
 
Jadi bilakah tarikh PRU jika kerajaan sudah menempahnya?
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top