Rojak Daily Logo

Drone Hobi Merbahaya?

0
comments
Drone Hobi Merbahaya?

Drone atau Unmanned Aerial Vehicle (UAV) merupakan sebuah helikopter kecil yang mempunyai alat kawalan jauh dan kamera berdefinisi tinggi untuk merakam pemandangan dari atas. Drone menjadi pilihan masa kini kerana kemampuannya mengambil gambar atau video dari udara selain menguji kemampuan individu menerbangkannya.

Sungguhpun kecil, siapa sangka drone mampu menyebabkan operasi sesebuah lapangan terbang terjejas. Atas sebab itu, mereka yang ingin menerbangkan drone perlu mendapat kelulusan pihak Department of Civil Aviation (DCA) terlebih dahulu. Tindakan ini bagi memastikan drone tidak menjejaskan pesawat lain yang berkongsi ruang udara dengannya. Pengendali drone juga perlu lebih peka untuk tidak menerbangkan drone di kawasan berhampiran lapangan terbang dan kawasan perumahan serta perlu bertanggungjawab agar tidak menceroboh kawasan peribadi orang lain.

Gambar: icicle.org

Antara kes drone yang menjejaskan penerbangan

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai terpaksa ditutup selama sejam Sabtu lalu (11 Jun 2016) selepas ruang angkasanya diganggu dengan kemunculan drone yang tidak didaftarkan. Lapangan terbang paling sibuk di dunia itu dibuka semula pada jam 12.45 tengah hari. Penerbangan yang dijadualkan mendarat di lapangan terbang Dubai terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang berhampiran termasuk di lapangan terbang Al Maktoum, Sharjah dan Fujairah manakala penerbangan dari Dubai mengalami kelewatan.

Gambar: www.airshare.co.nz

Seorang juruterbang yang ingin memulakan penerbangan ke Tennessee melaporkan tentang kehadiran drone yang terlalu hampir dengan pesawatnya iaitu antara 3m pada 23 November 2015.

Peningkatan kes di lapangan terbang Heathrow tahun lalu. Drone dikesan berada terlalu hampir dengan pesawat sehingga juruterbang mampu melihat warna drone itu dengan jelas. Atas sebab itu pihak berkuasa telah meletakkan hukuman sehingga enam bulan bagi mereka yang mengendalikan drone dengan tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan keselamatan anak kapal. Begitu juga kes pesawat BA727 dari Geneva ke Heathrow yang ketika itu berada 1,700 kaki di udara dipercayai dilanggar oleh drone di bahagian hadapan. Namun kesemua 132 penumpan dan lima anak kapal yang berada di dalam pesawat Airbus A320 tidak mengalami kecelakaan.

Gambar: www.telegraph.co.uk

Satu lagi kes yang melibatkan Airbus A320, kali ini milik Perancis yang hampir-hampir berlanggar dengan drone yang berada 5m di bawah sayap kiri pesawat yang ketika itu terbang pada ketinggian 5,500 kaki di udara berhampiran lapangan terbang Paris Charles de Gaulle 19 Februari lalu.

 
 
Comments