CLOSE
CLOSE

Nuget McDonald's Pula Jadi Mangsa Terbaru

Ada pihak mendakwa makanan popular ini diedar oleh pembekal rasmi, McDonald's Malaysia.


  • Share:

Nuget McDonald's Pula Jadi Mangsa Terbaru
Peniaga harus jujur sama ada mereka mendapat bekalan sah atau jenama yang mempunyai rasa hampir sama. (Gambar: Thedailymeal)
Siapa yang tidak menggemari makanan segera nuget bukan?
 
Tambah-tambah lagi jika ia datang daripada produk premis francais popular, McDonald's iaitu McNuggets. Daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa, pastinya ramai menyukai makanan segera ini.

Daging ayam dengan resipi yang berlainan daripada nuget yang dijual di luar sana menjadikan ia antara nuget popular di dunia termasuk Malaysia.

MANGSA PENIPUAN ATAS TALIAN
 
Nugget paling popular?
Berdasarkan populariti itu, tidak hairanlah McNuggets baru-baru ini telah menjadi mangsa jualan palsu di media sosial seperti Facebook.
 
Ada yang mendakwa nuget berkenaan mempunyai rasa seperti nuget McDonald's. Namun, apa yang lebih mengejutkan, ada juga mendakwa makanan yang dijual mereka itu adalah asli dan McNuggets diambil daripada pembekal yang sahih, sama seperti didapati di McDonald's . 
 
Bagaimanapun, sebelum anda teruja untuk membeli apa yang dijual oleh peniaga di Facebook itu, anda patut baca dulu kenyataan rasmi dikeluarkan pihak McDonald's Malaysia.
 
Menurut kenyataan dikeluarkan menerusi Mstar, McDonald's Malaysia menafikan nuget yang dijual menerusi Facebook itu adalah jenis sama yang dijual di rangkaian McDonald's seluruh negara.

NUGET HAK EKSKLUSIF MCDONALD'S
 
Jelas McDonald's, pembungkusan pek nuget seperti yang dimuat naik oleh peniaga berkenaan juga tidak sama dengan apa yang diterima oleh mereka.
 
Untuk makluman anda, nuget McDonald's berkenaan adalah eksklusif.
 
Kesemua makanan ini dikeluarkan oleh MacFood Services (M) untuk McDonald's Malaysia sahaja dan tidak dikeluarkan kepada pihak lain.
 
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan drastik. 
 
Sehingga kini pihak McDonald's sedang giat membuat pemantauan untuk tindakan selanjutnya.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top