Rojak Daily Logo

"Jangan Diajak Penembak Tepat Pergi Menembak" - TMJ

0
comments
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Gambar: JOHOR Southern Tigers)

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menegaskan beliau mempunyai ‘pendrive’ yang menyimpan aktiviti dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers, Baginda berkata “Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.”

“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'."

Pada minggu lalu juga dikhabarkan Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal mengumumkan persaraan mereka bersama skuad negara. Dalam kenyataan yang sama, TMJ turut memberi komen terhadap pertikaian keputusan empat pemain JDT ini bersara daripada pasukan kebangsaan oleh sesetengah pihak.

Gambar: The Star

"Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka?

"Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam FAM."

 
 
 
Comments